28.12.09

210 : Siapa kah kamu?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
.
.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
.
.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini
.
.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
.
.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

10 comments:

blueCITY said...

salam,

tq for sharing
saling ingat mengingati

take care

mamai said...

aku antara orang orang tu

Rozita said...

thanks bluE! slmt tahun baru. moga lebih ceria di 2010 :)


mamai,
akak pun sama. kita sama2 saling ingat mengingati. tk dapat serap byk, sikit pun jadik ler :P

Mr PenyuBiru said...

insaf..insaf...sambil tunduk kepala.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

mana sejadah nih......hihihihi..

anN said...

hye! plz vote me kat

http://shawlsayucinta.blogspot.com/search/label/contest

no.3 ANNURAIN tq!

Rozita said...

PB,
insaf sekejap je kot


Pentoi,
sejadah dlm washing machine..baru nak cuci :P

AnN..
nnti akak vote yea

Yunus Badawi said...

Baca soalan yg pertama tu terus insaf. Belum solat asar ni sbb tunggu nak berjemaah dgn emak Adam. huhuhu

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. uhuhu, salam akak zita tewww

Rozita said...

YB, jgn insaf sekejap. insaf le lama2 skit ha3x

en_me,
kita di dunia ni serba kekurangan.
n kelemahan ada pd semua juga. pokoknya...haruslah kita perbaiki serta menaik kan taraf diri kita supaya menjadi lebih baik dr semalam :)