Sempena maulidur Rasul esok juga perayaan Tahun Baru Cina yang baru lepas...
bersama ini saya ingin berkongsi cerita mengenai "Rasulullah dgn buah limau"
ianya juga merupakan contest yang telah di anjurkan oleh http://maryamabuahmad.blogpsot.com/
sambutan ikhlas dari saya~
cerita yang tak berapa nak spontan
~
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti tergiur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam saat saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.
~~~~
Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berhasil. Rencananya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Subnahallah..
Kesannya kpd diri saya :
1) Bersyukur dgn setiap pemberian yg diterima
2) Tunjukkan sikap yang baik kepada kaum yg bukan seagama dgn kita, mudah-mudahan mereka tertarik dgn ajaran Islam
3) Perbuatan yg jahat tidak semestinya di balas dgn jahat. Biarlah pembalasan itu dtgnya dari Allah.
4) Sentiasalah menunjukkan sikap & teladan yang baik kpd kaum bukan Islam.
10 comments:
terima kasih kerana menyertai..
boleh tak nak minta tambahkan kesannya pada kehidupan Rozita? :)
bertapa tingginya akhlak rasullullah tak tercapai aku
yes, Rasulullah mmg sgt menjaga hati orang sekelilingnya :)
goodluck ya ita :)
moga kita dapat iktibar dari cerita yg disampaikan.
maryam - insya-allah, sudah di tambah
mamai - ikut saja segala suruhan nya. insya-allah
mak su - thanks. saje je. bukan nak lawan mak su ye :P
juliet- mudah-mudahan
saya yg tersentuh walaupun dah penah dengar.. tetapi mungkin tulisannya lahir dr hati seorang yg ikhlas.. moga istiqamah selalu =) salam ziarah
Sungguh hebat akhlak baginda. Semoga kita dapat mengikut jalan yg telah ditunjukkan itu.
Kay J - salam. terima kasih sudi singah :)
YB - sama-sama lah kita mencuba yg terbaik :P
salam Maulidur Rasul, semoga kita beroleh syafa'atnya di akhirat kelak.
nahmy - salam
Post a Comment