29.4.10

267 : merah jambu

seperti biasa ketika dalam perjalanan ke tmpt kerja, aku akan memasang radio, biasanya aku akan pasang Sinar FM..aku lebih suka..berbanding dengan Hot Fm atau ERA...mungkin semua ini ada kena mengena dengan tarikh lahir aku kot....
aku terdengar berita, KTM ada khas kan coach untuk kaum wanita sahaja. Coach ini di namakan Coach Merah jambu. Teruna-teruna di luar sana, tidak di benarkan menaiki coach ini kerana ianya khas di buat utk kaum 'merah jambu sahaja' ingat ye..merah jambu...aku tk pasti kaum2 yang kaler lain boleh naik ke tak????
lucunya...ada pulak seorang Mamat nih..tersilap gerabak..terrrrmasuk ke dlm coach Merah Jambu ini....malunyaaaa....akak rasa, mesti ini adalah perkara yang paling memalukan nya dlm tahun 2010 ini...sian kan. Lain kali..buka mata besar2..pasang telinga lebar2..jgn tersalah langkah. Tak tau ler pulak akak, kalau Mamat ni 'sengaja' ternaik ke coach ini bagi tujuan...mengorat perempuan2 di dlm nya..meahahhahaha..suka hati kau lah jang!
Yang negatifnya....pada akak lah kan..pendapat sekupang akak...
gadis2 atau perempuan2 yang naik coach ni hari2....
mungkin susah nak dapat jodoh ek....hahahahahah
(ada ke orang terjumpa jodoh di dalam gerabak keratapi????)

28.4.10

266 : disiplin diri punca utama

aku sebenarnya sedang dalam program berdiet bersama Rx-Lite. tapi tengoklah diet aku ..seperti dlm gambar di bawah ini.

makna nya aku memang tidak dpt menurunkan berat badan aku. target aku tk akan tercapai. nafsu nafsi terhadap makanan sebegini sukar aku singkirkan.

disiplin diri amatlah penting..kenapa aku gagal mendisiplinkan diri aku???

oh..sungguh aku kuciwa...uwaaaaa!!!



27.4.10

265 : Kemalangan paling ngeri

ini kisah kemalangan paling ngeri yang pernah saya baca...
kalau korang nak sama-sama turut 'ngeri'..jom kita layan..petikan di bawah ini :)

###########

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

26.4.10

264 : cinta si minah salleh

ini email yang aku terima, rasanya sebelum ni pun aku pernah terima email yang sama. tapi pagi ni hati rasa tercuit sangat membacanya..smpi tergelak sesorang...
tu ler pasal nak share ngan korang...jom kita gelak sama2 hahahahah

##########################
Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.

Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

+++++++++++++++++++++

Dear Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times

16.4.10

262 : kelebihan si parsley

kali ini kita cerita mengenai kelebihan dan kebaikkan daun pasli yea..dengan harga yang cukup murah ianya dpt membantu meningkatkan kesihatan kita sebagai agen mencuci buah pinggang. yang penting rajin mau ada... kalau malas semua tk menjadi...


Mencuci buah pinggang ANDA!

Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt, poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates and this needs to undergo cleaning treatments.

How are we going to do this?

It is very easy, first take a bunch of parsley and wash it clean.
Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and boil it for ten minutes and let it cool down and then filter it and pour in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.
Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated poison coming out of your kidney by urination. Also you will be able to notice the difference which you never felt before.
Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!

13.4.10

261 : sejuknya mandi manda~

ini adalah di antara gambar2 kami yang sempat di rakamkan ketika berkelah di air terjun Batu 9, Ulu Chepor. kawasan air terjun ni di dalam area Ipoh juga, tk jauh dr umah saya...

kenangan yang tk dapat di lupakan. dah hampir setahun aku tak berkelah di sini. oleh kerana hujung minggu lepas, ramai anak2 buah aku dtg ke Ipoh, sooo...kami pun ambil kesempatan ini utk berkelah & bermandi manda sepuasnya...lagipun cuaca panas ni..besh oooo mandi..




oleh kerana musim panas, air di sungai ni agak cetek. itu yang buat aku berani duk lama2 dlm air..maklum ler..aku ni tak tau berenang...air cetek berani lah!


ooopppss...tutup mata..ini lah aksi terlampau dr mereka2


wakakkakakaka...........yang ini udah lari dari tajuk. jgn terkezut yea...akak baru lepas convo..
PHD tu...(permanent head damage)

8.4.10

260: pantun moden masa kini

aku terjumpe pantun moden di bawah ini..
hati rasa tertarik pulak....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikian sekumpulan manusia sekarang
Berpakaian rebeh berambut panjang
Di sebut rocker dek banyak orang

Terpekik terlolong di sepanjang simpang
Bergaullah mereka lelaki perempuan
Menjenguk masjid pula dipantangkan
Haram dan halal tak tau membezakan

Hangit hapak berbau kat badan
Mereka ini usahlah dilarang
Walau perbuatan dilihat curang
Mereka 'kan berlagak seperti hulubalang

Kepandaian ditunjukkan tak seperti orang
Sekumpulan lagi banyak menyuruk
Makan dan minum biasanya yang mabuk
Duduk berkhayal bukan dek mengantuk
Bila tak berpunya sanggup bertumbuk

7.4.10

259 : aku sedang bersedih, korang tau tak?

tau kenapa?
sebab si oren tu dah hilang
kucing kecik yg baru aku pelihara itewww..
dia dah hilang, mungkin juga dia sesat..
tak tau nak balik ke rumah lagi..

yang paling aku sedih..
tkde siapa nak berkongsi masalah ni dgn aku..

mereka2 itu..cakap..

"elok pun hilang, tk suka lah kucing tu..
kencing merata-rata"

itulah kata-kata mereka..

sedih kan aku! pada hal aku lah yang lap & cuci semua

6.4.10

258 : aku tak tau apa nak masak harini. buntu pikiran aku weiii

yang ada dlm peti sejuk cuma beberapa ketul ayam
semalam aku dh masak kurma ayam
arini???

## terima kasih pada follower joHN meskipun bukan nama sebenar##

5.4.10

257 : bila aku bersukan

ini cerita sukan tahunan Tadika Zamrud. Tadika anak perempuan aku..semalam.

acara bermula dari pukul 8.30 hingga 12.00 tengahari. Amira hanya masuk 2 acara saje, isi air dalam botol dpt tempat ke-3 dan susun nombor dpt tempat pertama. Pelajar di Tadika ni dari umur 4 tahun hingga lah enam tahun. Amira belajar di dlm kelas 6 tahun.

Cuaca semalam punya lah panas...fuih..berpeluh-peluh haku. Ada jugak acara2 untuk ibubapa tapi kami tak sertai pun..aku takut kalah..nnti malu hehehheh

yang paling bestnya, ada lah beberapa hadiah Lucky Draw..orang lain semua dpt...sungguh kecewa, aku habuk pun tarak....sian kan...tkpe lah..tkde rezeki lah itewww!

ini gambar Amira tengah susun nombor. Dia peserta pertama dlm kumpulan. Susun nombor 1 hingga 3...senang banget dong!

ini pula semasa acara isi air dlm botol gunakan span. Amira peserta pertama dlm kumpulan juga. Aku tengok dia buat dengan cepat, tapiiii....air lebih banyak tumpah keluar dari masuk ke dlm botol. Tu pasal mereka tk menang kali ini...orang lain peserta pertama, air sudah separuh botol...Amira..emmm...sikit bebenor...



di bawah ni pulak gambar dia orang ambik hadiah. dapat medal aje. tahun lepas dapat juga hadiah buku-buku + alat tulis. tahun ini cuma medal..semedal-medalnya...budak2 tak berapa happy bila dpt medal...dia campak je sana sini hehehhehe



gambar di bawah ini pulak semasa perbarisan. pembukaan sukan tahunan..

yang di bawah ini pulak...gambar mak cik senah...ooppppssss mak cik ITA ler.......
ahahhahahh tk pasal pasal dia nak enteprem...saje je nak menyedapkan cerita....layansss....

2.4.10

256 : Al-Fatihah~

Al-Fatihah buat Din beramboi..tak sangka begitu cepat dia menemui Ilahi..

selalu aku gelak sorang2 bila dengar celotehnya bersama Pak Nil di radio Era..

kini semuanya udah tkde...nyawa pergi hanya dgn sekelip mata..

kita entah bila pula??

thank you follower no#52 Mummy FerrizRizqin

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...