8.4.10

260: pantun moden masa kini

aku terjumpe pantun moden di bawah ini..
hati rasa tertarik pulak....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikian sekumpulan manusia sekarang
Berpakaian rebeh berambut panjang
Di sebut rocker dek banyak orang

Terpekik terlolong di sepanjang simpang
Bergaullah mereka lelaki perempuan
Menjenguk masjid pula dipantangkan
Haram dan halal tak tau membezakan

Hangit hapak berbau kat badan
Mereka ini usahlah dilarang
Walau perbuatan dilihat curang
Mereka 'kan berlagak seperti hulubalang

Kepandaian ditunjukkan tak seperti orang
Sekumpulan lagi banyak menyuruk
Makan dan minum biasanya yang mabuk
Duduk berkhayal bukan dek mengantuk
Bila tak berpunya sanggup bertumbuk

2 comments:

POSH76 said...

bess gak skali skala layan pantun hehe

[-suziey-] said...

moden tp sgt mendalam maksud..good!