16.12.09

206 : bilik tidur

Hormat bukan sekadar tunduk ketika berjalan, terutama nya di hadapan ibubapa, tetapi merangkumi segala adab yg telah di tetapkan.
.
Antaranya adab memasuki bilik ibu bapa. Dlm Islam telah digariskan syarat tertentu bg anak utk masuk ke bilik ibubapa.
.
Pesanan atau ilmu pengetahuan utk anak2 juga ibubapa (termasuklah saya sendiri) :)

.
Ingat ya, pastikan anak-anak kita minta izin dahulu sebelum masuk ke bilik kita (ibubapa) pada waktu2 begini. Jangan main terjah aje.


3 waktu yang di mestikan meminta izin untuk masuk ke bilik ibubapa (pesanan buat anak2, termasuk anak2 ku jua)
.
. Sebelum solat subuh - merupakan waktu persendirian ibubapa. Mungkin mereka kurang bersedia bersama anak-anak. Mungkin juga peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi.


. Sebelum waktu zohor - disebut waktu 'Qailulah'. Mungkin waktu ini ibubapa sedang berehat dan tidur sebentar atau sedang bersiap2 utk solat zohor. (Ini utk hari2 tidak bekerja ye! kebanyakkan ibu & bapa di luar sana bekerja dan bersolat zohor di tmpt kerja..selamat lah sikit)


. Selepas Isyak - biasanya waktu ini ibu bapa sedang bersiap utk tidur atau sedang bersantai. (utk ibu bapa yg tidak sibuk menonton TV ye he he he)

8 comments:

mamai said...

masalahnya aku jarang tidur dalam bilik hehehehe dah dua malam tidur kat ruang tamu teman 2 hero aku tu

en_me said...

ghitewww kaanns..

Rozita said...

mamai,
sbb dia org baru lepas sunat ek?
tkpe..

en_me,
ingatkan kat kpg tak leh access tenet :)

julietchun said...

dan ibubapa jgn lupa kunci pintu :D

Rozita said...

juliet,
ye3..pe pe hal pun ketuk dulu ek :)

Mak Su said...

anak-anak kena take note perkara-perkara ni.... utk kebaikan dan kesejahteraan semua pihak :)

fadzilah said...

boleh jadi ustazah ni..teringat masa sek men dulu ustazah ader ajar bab ni..

Rozita said...

mak su,
ha ha ha

Lah,
mana leh lawan org tu. qualified punya ustazah he3

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...