maaf ye! tajuk tk de kena mengena dgn ntri :)
bersiaran kembali seperti biasa selepas 3 hari bercuti. alangkah indah nya jika hari-hari adalah hari cuti buat ku...mustahil kan..kan
macam biasalah, bila hari cuti, baru ler ada masa utk aku mengemas rumah mana yang patut. hari lain tu, bukan nya tak boleh sebenarnya, cuma aku sedikit malas & letih, sebab hari bekerja kan..boleh terima kan alasan sebegini...
semasa aku mengemas bilik anak lelaki aku, tiba-tiba aku terjumpa biji getah. real punya tau korang, bukan gambar. cuma sebiji saje yg aku jumpa. kalau korang nak tengok, cuba tengok kat gambar di bawah tu. akak tau, ada sesetengah orang yang langsung tk pernah tengok biji getah real depan mata korang. ntah2 pokok getah pun ada yg tak kenal..
aku rasa tertarik sgt pada biji getah ni..rasanya dah hampir sepuluh tahun aku tak pegang biji getah & tak tengok biji getah ni di depan mata. teringat masa zaman aku kecik2 dulu...naik basikal bersama kakak aku + sepupu aku, pergi ke ladang getah pak alang usop (skrg dah meninggal pun org tua tu) untuk mencari biji getah ni lah. kami gunakan biji getah utk main congkak. bukan mcm budak2 skrg, main cngkak guna guli. kami dulu lubang congkak pun buat sendiri, korek aje 14 lubang tu kat atas tanah guna tempurung kelapa pastu biji getah ni lah jadi buah congkak nya....indah sungguh kenangan itu. sesuatu yang tak akan berulang lagi dlm hidup aku..
(18hb ~ Jumaat)
tak tau nak pilih menu apa. paling senang & sedap aku order mee goreng + kerang + udang = RM3.80 saje. jimat kan aku....minum cuma milo ais, kongsi dgn Amira pun..
Sabtu petang kakak2 aku smpi ke rumah aku. hujan masih renyai2 di Ipoh..
lihat sign board di bawah....korang perasan tak ada gambar pasangan pengantin kat tepi tu, baju kaler biru.
17 comments:
wah best tul, smpt gak bershopping kt tesco... time2 ujan ni.
betul betul betul
biji getah tuh dlu2 time kecik2
byk gak dpt
wat main congkak
tapi kami ada main apa ntah nama dia
baling2 kot
heeeeeeeeeee
zaman la nih
tak pernah nampak dah
daun getah wat bungkus tapai beras ada la
best
heeeeeeeeee
wahhh...jalan2 carik pengantin nampak... ;)
aku nak balik ipoh!!! wawawawawa....
zana,
ye lah..shopping groceries
bluE,
ko pun sama ye..main congkak guna biji getah..he3
matahari,
ye..bes sgt tengok pengantin. ada yg cantik, ada juga yg kureng..tp lomantik lorrr
pentoi,
cuti xmas ni balik la..
waa sakng kak zita smkin rajin menulis n3 panjang2..hehe
suziey,
ikut mood jugak zie
mu shopping tesco extra mana nie
tak sangka... dah ada basikal masa zaman akak kecik2 yer....
mamai,
cuba mu tengok gamba tu betul2. ada tulis tesco mana tu
cik Any,
ada ler. sy lahir tahun 1971.
nostalgik sungguh biji getah tu, dah lama tak tengok. fofler zaman kanak2 jer.
mak su,
mmg nostalgik mak su. 10 tahun tk jumpe
kak ita.. kt tepi rmh sy byk pokok getah.. time daun gugur..rumah sy jadi mangsa daun luruh.. biji getah byk..
mne lagi gambr2 kak ita~~
gambor pengantin kat taman tu ke...
oake gak..hehe
wah xtvt yang padat.. best2x.
Aida,
ye ke..mesti sejuk je kawasan umah ko ye aida..bes tu.
remo,
tkde gamba dah.
Yati,
xtvt biasa. kakak2 akak dtg umah. bawak dia orang santai2..
Post a Comment