20.8.10

306 : kuih muih

Harini terasa macam nak bercerita pasal kuih Raya pulak. sebab nya, kelmarin aku baru je mengorder beberapa jenis kuih. Almond London, tart nenas dan beberapa jenis lagi, yang aku tak ingat nickname nya :)

Kuih2 ni sebenarnya boleh je didapati di mana-mana pun, di pasaraya, di sana sini lah..tetapi oleh kerana mereka-mereka itu tk henti2 asyik tunjuk2 sample kuih je kat kita...maka..terpaksalah mengoder yea...

Semuanya 100 biji dgn harga RM38 setiap satu. ok ler aku rasa. lebih baik drpd suruh aku yang buat. aku rasa lagi byk duit yang habis, lepas tu, bakul sampah yg penuh..sungguh tidak terrer aku.

bila cerita pasal kuih-muih ni teringat kisah dulu2 masa aku kecik-kecik. bila time raya aje, paling bes mengacau mak buat kuih raya. sehinggakan adunan kuih yang mentah pun habis aku bedal.
dulu mak suka buat, kuih bakar, bahulu, putu kacang, dll.. semuanya buatan sendirian berhad. masa tu tk de orang yang berjual kuih muih mcm skrg. bila mak kacau dodol...belum smpat nak masak betul-betul...aku dah mula nak makan....bes arr...kenangan tu..
masa tu mana ada kuih kuih moden mcm skrg. Mak aku tk tau pun nak buat almond london tu semua hahahaah...tkde kuih yg dibuat dari coklat pun masa tu..terlalu dahulu kala kisahnya...
paling bes..mak punya tapai pulut. kami adik beradik perempuan semua pun udah pandai utk buat tapai pulut ni skrg, tetapi tidak lah sehebat tapai emak..manis..meletin...ahaks!
tapii....sekarang, Mak udah tkde lagi..udah pergi buat selama-lamanya...kami beraya tanpa emak & ayah sekarang..kami anak yatim piatu...
sedih lah....rasa nak menitik air mata...
daaa.......

11 comments:

Mak Su said...

maksu rindu kat kuih2 lama...huuhuhu

Rozita said...

saya rindu kat mak saya mksu!

Nurhayati said...

tahun ni tak order kuih raya pun huhuhu

hanie said...

saya lebih into kuih tradisional dr kuih/biskut moden ni..heheh

Rozita said...

Yati..pandai buat sendri tak pe la..

hanie, mmg ler, tp susah dah nak cari yg mmg original. byk yg diubah suai gitu..

Chenta said...

Rindu kat emak/ayah,
bacakan al-fatihah.
sabar yea ...

Rozita said...

LinDa..ye..al-fatihah

Yunus Badawi said...

Kadang2 kita beli sebab kesiankan kawan2 yg jual.

Tengahari tadi saya dah bincang dgn emak Adam. Tahun ni tak nak beli banyak2 jenis kuih raya.

LUMUT said...

ishhh sedapnyeeeeeeee...
lagi2 kuih tart kan?=)

Rozita said...

yb..itu ler sebabnya pun. kesian org meniaga

lumut...tart nenas kan????

Rozita said...

thanks josh,,fr yr invitation

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...