24.8.10

309 : berbuka puasa

Di bulan Ramadan ini adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air.
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”


Ini adalah beberapa adab berbuka puasa. Biasanya saya terus saje meneguk air..guk..guk..guk...selepas baca doa. Masalahnya sekarang saya meneguk air soya atau air tebu atau air...yang bukan air kosong. Yang di maksudkan di atas ialah air kosong bukan air berperisa. Itulah kelemahan saya. Benda2 yang simple macam ni pun tk boleh nak ikut. Teruk sungguh kan????
Bagaimana dengan cara kamu berbuka puasa pula??? Mengikut sunnah Nabi? Alhamdulillah...

7 comments:

tasekM said...

ooo.. kena air kosong yek ta...?


.

Mak Su said...

bila dah besar ni, mmg maksu cari kurma atau buah, kalu tak der, air kosong jer

julietchun said...

sebelum berbuka buah tamar letak dlm pinggan elok2, tapi bila bunyi azan terus ku capai air soya :P haih, susah sungguh kan.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice and cool n3

Mata Hari said...

Samalah kita...musti nak carik air manis gak... ;(

Rozita said...

TM..
ye..tak boleh air yg kaler2 :)

Mak Su,
elok gitu..sy tak. mesti nak capai air manis juga dulu..

juliet..mendisiplinkan diri ke arah kebaikkan mmg bukan mudah.. :)

Rozita said...

brutal...I'm always cool :)) thanks yea fr visiting me

Matahari; kita serupa 2x

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...