18.5.12

430 : BB Cream

 dah lama sangat tak update blog ni..tak tau nape tiba-tiba macam teringin saje rasa nak buat review pasal benda alah ni..tiba2 pulak nak jadi pakar kecantikkan ke? oh! tidak sama sekali.
 dulu BB cream ni tak lah sepopular mana pun, tapi lama kelamaan ianya menjadi semakin popular. maklum lah, ianya sangat mudah di gunakan..terdapat macam-macam kebaikkan hanya di dalam 1 tiub kecil.

BB cream maybeline clear smooth, ini adalah BB cream pertama yang aku beli dan aku guna.  Tekstur agak lembut dan senang nak apply, itu antara kebaikkan nya.  Keburukkan nya pulak, muka aku jadi agak kering selepas menggunakan BB Cream ini.  Kesan ini hanya pada kulit muka aku, mungkin tidak sama pada orang lain.
Tahap kepuasan penggunaan : 8/10
Harga : 8/10
 Ini pulak BB cream kedua yang aku gunakan.  Magical makeover.  Keluaran cosway.  Ada testimoni yang mengatakan BB cream ini sama spt BB cream Misha..mmm.  Aku tak berapa puas hati dengan BB Cream ini sbb ianya agak pekat, tak bes nak sapu kat muka.
Kepuasan Penggunaan : 5/10
 Harga : 8/10





Yang ini ada lah BB Cream yang aku gunakan sekarang.  Sangat Bes.  Tekstur yang halus dan mudah di sapu, mudah meresap ke dalam kulit muka.  Tak rugi beli ye..BB Cream Avon
Kepuasan Penggunaan : 10/10
Harga : 9/10

Nota hati :  Ini adalah review bagi diriku..mungkin tidak sama pada orang lain..


No comments:

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...