21.6.12

450 : terapi minda, jiwa & raga


nah..ntri kali ini lain sikit, terapi minda, jiwa & raga..hehheeh..apa cer ler agak nya yea??? ok, kisahnya berlaku pada hujung minggu lepas, sebenarnya kami sekeluarga balik ke kltn kerana ada hal sikit..selalunya kami menggunakan jln raya Ipoh-Gerik-Kelantan.  Tapi kali ini kami menukar haluan, kami gunakan jalanraya Gua Musang-Simpang Pulai/Ipoh (utk perjalanan balik).  Santai-santai...saje.  Oleh kerana ini adalah pertama kali kami menggunakan laluan ini,..komen ikhlas sy...sy lebih suka highway Gerik-Kelantan.  Jalanraya yg agak lebar sedikit..pemandangan nya damai..compare dgn highway Gua Musang ni, mcm senyap sunyi..jalan agak kecik lebih bengkang bengkok nya tetapi....ha..ada tapi tapi pulak.....ianya agak dekat.  jimat dalam 1.5 jam gitu klu bandingkan dgn highway Gerik-Kltn.

sesampainya di suatu kawasan yang aku tak tau apa namanya, ada ler plak satu pasar malam.  So, kami decide berhenti sekejap sbb nak cari makan. Abe tu katanya laparrrr...sempat jugak lah bergambar..di tengah-tengah highway tu..(udah rasa mcm org bangla plak, tangkap gamba tengah jalan..hahaah)


masih lagi bergambar di tengah highway. bersama all my kids kecuali yg sulung sbb dia kameraman.
 Oleh kerana highway tu melintas Cameron Highland (CH) sebelum smpi Ipoh, kami pun gatai-gatai la singgah sekejap di sana.  Waktu tu dalam pukul 4.45 ptg kot.  Cuaca nyaman sungguh, mula lah hajat nak mencari otel..igtkan nak tido-tido la, sbb esok nya hari Ahad, masih ada masa kalau nak beronggeng kat CH nih..




Biasa la tu, kalau ke CH tak sah kalu tak bergambar dlm ladang teh kan..skema sungguh kan? Heehehe..ini lah gambar all my kids kat dlm ladang teh.  Ada byk lagi gambar kat sini, tp cukup ler sekadar hiasan..or perhiasan? toing..toing..

Tp, ending kisah makan angin di CH ni not so nice. Mengecewakan sikit..tk payah story lah...
Cukup je smpi sini..

Overall rating : I memang like CH
Nyaman nya!!!!

2 comments:

fadzilah said...

nape? hotel semua penuh ke? cameron mmg best tp bila smpai kt atas suka jammed itu yg x best...

Rozita said...

jem giler Lah. mungkin sbb dah petang. langsung tk dpt naik ke puncak

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...