27.3.09

14: korang nak support ke tak?


Pada Mac 28hb..kempen bergelap gelapan selama sejam bagi menyelamatkan bumi kita..
Hanya dengan 3 cara mudah sebagai tanda sokongan kepada kempen Earth Hour ini:-
1) Tutup kan selama sejam dari 8.30pm - 9.30pm lampu2 yang tidak berapa perlu di rumah anda, spt, lampu porch, lampu di taman, lampu di bilik..(jangan tutup semua la..nanti teraba-raba puloks...
2) Anda juga di galakkan meng'off' computer anda serta barangan elektrik yang tidak berapa kritikal penggunaan nya..(so selama sejam tu, tak yah ler bertenet yea..
3) Galakkan kaum keluarga, sahabat handai serta semua kenalan utk menyertai kempen ini..hanya selama sejam..bukan nya berjam-jam..
Jangan dia orang off semua street lights & traffic lights udah ler..

6 comments:

julietchun said...

taktau nak sokong ke tak sbb anak buah aku mau meraung kalo tutup lampu.

Rozita said...

ehheh
akak rasanya tak kan ingat esok..
sure lupa :)

Aida Alias said...

benda baik.. apa salahnya buat.. bukan susah pun.. tutup lampu je..

Rozita said...

betul tu aida..
takut terlupa aje
sesekali di terangi cahaya lilin, apa salah nya ye tak?

U-jin said...

aiseh..nak tgk Af le..hehe...tutop mana yg xperlu je kan..

Rozita said...

mujur ler akak tak minat AF mas..