Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram?
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,
"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya."
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.
wALLAHua'lam..
Renung-renungkan, dan selamat berkaraoke.. jgn lupa rumah kata pergi, kubur kata come on bebeh!
15 comments:
bawa bunga pun tak boleh rupanya...
erm...kalau air bunga macam mana ya?
ada orang pacak nisan ngan payung je...
ada orang siap tanam pokok. katanya, sejukkan kubur~
oh! lupa.
akhir kata...
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali~
lagi satu kalo tgk masa org kenamaan meninggal, naper sumer pakai serba hitam ya? Bunga berbakul2 utk tabur atas pusara.
biasa la beb....tabur bunga mau kasi wangiii....
ntah ler semua~ benda2 mcm ni kena tanya mereka yg lebih arif. nnti seksa pulak org yg kat dlm kubur tu.
bila org kenamaan mati suka pakai itam? = ikut stail cina kot berkabung.
ada kwn penah kata, kalo ziarah umah org meninggal jgn pakai baju terang2. kurang sopan sbb baju terang2 kan cam mood hapy je. psl tu ramai org prefer pakai itam kot.
me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salammm jumaat akak zita ittewww
jaja~ mungkin ada betulnya pndpt mu itu
en_me~ salam jemaat kembali..
kak zita cuti arini, online dr umah aje.
..ujin pong baru jer wat kepuk utk abah...tp biasa jer...bkn per x nak tanah turun kan...x penah lak dgr hat ni...wallahualam..
ambik yang baik jer..yang tak salah..
konsep aku skung nie kalau boleh kubr tu buat macam arab jer..guna semula..tak yang taruk nisan kekal tapi sediakan 1 batu nama yang besar..
saper meninggal pahat jer nama diowang kat situ..buat dewan ntuk owang baca yasin..sudah..tanah mahal beb..takkan dah mati pun nak bawak jugak/..
u-jin~ kepuk tu apa? batu nisan ke?
ayampinko~ tk tau org arab buat cmner..tk pernah tengok
eh kbetulan lak sama en3 kita
coll gile.. kubur pun ber'bebeh'2 ha..
hahahha..!!
daku setuju...xyah le hiasa kubur tu bagai....udah mcm kubur bangsa c*n* aje.....
ckup le sekadar batu nisan sbg penanda
Post a Comment