13.1.10

217 : cerita cacing

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.."Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkancacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2.

Cacing yang sebelah kanansaya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yangcikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

(hanya sekadar hiburan...tiada yg serius melainkan tidak serius belaka)

13 comments:

mamai said...

mesej tak sampai tu hahahaha

LiNda said...

hahahaa...

see... dah namanya budak . akal tak penuh lagi .

en_me said...

arak kannns.. ekeke

Yunus Badawi said...

kah kah kah.

Teringat pulak ramai org dah kena tipu melabur utk projek cacing. Berjuta2 dah ghaib.

Yunus Badawi said...

Seronokkan kalau org tersayang puji masakan kita? Itu yg buat awak bertambah rajin masak.

[-suziey-] said...

waakaaka..lawak2:p

julietchun said...

bahaya nih.

tasekM said...

hahaha... betul juga tu ta!~

ha ha.

Rozita said...

mamai,
hanya jauhari mengenal manikam
johari pulak mengenali maniam he3


LinDa,
budak2 itu lurus bendul..jujur

en_me,
ye..cerita arak. jgn minum arak. jgn kasi cacing pun minum arak tau

Rozita said...

YB..tifah tertipu ler itu case


suziey, lawak nak ilangkan stress

juliet, ko ada anak buah kan..nakal tak?

tasekM,
betul..betul..betul

Mak Su said...

hik hik hik, pandai bebeno

nahmy said...

hehehe...betulke cacing dlm arak tu mati?...ke tgh 'lalok' tu...

Rozita said...

mak su,
ye..budak2 skrg ramai yg genius


nahmy,
mungkin jugak tengah lalok..dpt arak kan???