20.1.10

221 : tanda-tanda

sekadar renungan bersama. semua yang hidup pasti akan mati. cuma kita tak tahu masa & ketika nya saje. ini ada beberapa tanda orang2 yg akan menemui ajalnya..nauzubillah. sesuatu dari email utk kita kongsi bersama.

TANDA 7 HARI (lagi 7 hari nak mati)

Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

8 comments:

Anonymous said...

Agak2nye..kita sedar tak masa tanda2 tu datang ek??

hanie said...

err....iman senipis kulit bwg ni...boleh ke rasa tanda2 tu..

huhuhu..

mamai said...

bila baca macam nie rasa takut tapi tak insaf juga

mamai said...

bila baca macam nie rasa takut tapi tak insaf juga

Suziey Ahmad said...

insaf..smga kita smpat bertaubat..amin

julietchun said...

selalu dengar org cakap pasal telinga jatuh, hidung jatuh tu.

tasekM said...

thanx 4 the n3 yang....

:)



.

Rozita said...

sekurang-kurang nya kita tidak lupa pd hari kematian kita. setiap yg hidup pasti akan mati!

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...