16.8.10

302 : jom main mercun








Ntri sebelum ini daku cerita pasal kad raya. Ntri yang ini pun masih bercerita tentang suasana Raya jugak, iaitu cerita tentang mercun.

Seriyes, aku memang suka main mercun setiap kali hari raya datang. tabiat ni semenjak aku kecik2 lagi. bila ada bunyi mercun baru meriah suasana raya. sanggup bangun subuh-subuh, sebab nak main mercun. masa dulu2 aku hanya main mercun lidi, mercun papan, mercun tarik...ini aje jenis mercun yang aku ingat..

dan sekarang, penyakit ini dah pun berjangkit kepada anak2 lelaki daku. mulai 1 puasa, mereka dah mula simpan duit, RM2 sehari hanya untuk membeli mercun. yang daku pulak berikan galakan, daku beri sokongan moral kepada mereka, sekaligus sokongan duit, okeh.

Mercun yang mereka idamkan ialah mercun bola. RM32 untuk seratus bijik. Mercun ni memang kuat bunyinya. amat kuat sekali. tapi aku tak lupa juga berpesan dgn mereka supaya main dengan berhati-hati..kalau terkena jari..putus...nauzubillah.

ramai yang kata membeli mercun ni sama seperti membakar duit. ianya juga membahayakan keselamatan. aku setuju, amat2 setuju dengan stetmen tersebut. tapiiiiii setahun sekali membakar duit apa salahnya kan..utk keseronokkan. beli baju raya banyak2 helai pun membazir jugak. sungguh, aku tk beli baju raya banyak helai..cukup ler mana yg ada, tp aku membazir cara lain pulak....

9 comments:

Mak Su said...

well, nak buat cemana... macam dah trend kena ada mercun bunga api, at least pun mercun katak.... sejak dari kita kecik2 dulu, kan... sikit2 ok ler kot, janganlah samapi bakar diri bakar rmah, ek

Rozita said...

mak su..of course. main jauh dr rumah. kat kaw lapang gitu

armouris said...

info tentang mercun di SIHAT SELALU - Kesan Bahan Kimia Dalam Mercun

Rozita said...

thanks for the info..

CITY® said...

salam,
heheheh saya juga kecik2 dolu main gak mercun bunga api segala nih. dah tuer2 belikan utk anak2 buah jer. sekarang dah tak nak beli dah hahahah...

kakchik said...

eee...syok nyer main mercun. teringat masa dolu2.. tembak orang pergi surau hahahah... ingat x lg sape org tu? ee...

Rozita said...

blu..ye, mmg meriah.

kak chik..hahahahah kenangan mengusik jiwa.

en_me said...

muger2 xde kes putus jari dikala raya menjelang tahun nih.. ihihi

Rozita said...

en_me..setakat ni belum dengar lagi dlm berita kes seumpama ini :)

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...