Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air.
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
Ini adalah beberapa adab berbuka puasa. Biasanya saya terus saje meneguk air..guk..guk..guk...selepas baca doa. Masalahnya sekarang saya meneguk air soya atau air tebu atau air...yang bukan air kosong. Yang di maksudkan di atas ialah air kosong bukan air berperisa. Itulah kelemahan saya. Benda2 yang simple macam ni pun tk boleh nak ikut. Teruk sungguh kan????
Bagaimana dengan cara kamu berbuka puasa pula??? Mengikut sunnah Nabi? Alhamdulillah...
7 comments:
ooo.. kena air kosong yek ta...?
.
bila dah besar ni, mmg maksu cari kurma atau buah, kalu tak der, air kosong jer
sebelum berbuka buah tamar letak dlm pinggan elok2, tapi bila bunyi azan terus ku capai air soya :P haih, susah sungguh kan.
nice and cool n3
Samalah kita...musti nak carik air manis gak... ;(
TM..
ye..tak boleh air yg kaler2 :)
Mak Su,
elok gitu..sy tak. mesti nak capai air manis juga dulu..
juliet..mendisiplinkan diri ke arah kebaikkan mmg bukan mudah.. :)
brutal...I'm always cool :)) thanks yea fr visiting me
Matahari; kita serupa 2x
Post a Comment