30.9.10

326 : sungguh penyek!

arini aku pakai tudung syria. yang pesen anaknya melekap terlepek kat dahi..

seriyes..

aku dah rupa cokodok penyek!

rasa nak balik umah & tukar tudung lain...

.

.

.


29.9.10

325 : dabel trabel

salam buat semua yg sudi singgah...

semalam aku kerja half day, oleh kerana ada banyak cuti tahunan lagi yang belum diclearkan, maka aku pun bercuti lah...

oleh kerana tkde apa2 projek, aku pun cuba mengugel resipi Kek Marble...aku ni mmg jenis yang jarang memasak, apa jua resipi, menu..sebab utama nya..aku ni memang jenis tk pandai masak..tetapi hanya pandai makannnn...

lihat lah hasil nya

.

.

.

.

.

.

.

sila jangan gelak okeh...

bukan nya kek marble

tetapi

Kek Marbel trouble...kuikuikui..

Nota : Aku tk berani nak letak link di mana aku dpt resipi ini, aku takut tuan punya resipi ni kasi saman kat aku..hahahha

28.9.10

324 : Melaka

hari Jumaat (24.09.10) lepas aku ada bisnes trip ke Melaka. ini 1st time aku sampai ke negeri itu..Bandaraya Melaka.


gambar yg aku tangkap ini hanya lah di sekitar Hotel Holiday Inn, hotel yang betul2 menghala/menghadap ke Selat Melaka. Angin bersepoi-sepoi..bes tau.

tak de gambar lain yang aku tangkap, ntah kenapa ye? Rugi saje kan. gambar beca yang cantik2 juga aku tk sempat nak snap. Macam terlupa!

24.9.10

323 : boleh tak?

arini aku punch card pukul 7.30am
.
.
.
.
dapat tak aku menjadi 'pekerja terbaik tahun 2010'?



lalllalallallalallalala.........

23.9.10

322 : perasaan or perasan

apa le perasaan korang
kalau tiba-tiba
ada yg kasi stetmen

"eh..ko nampak tua skrg ek?
nape ek?

aku takut ada yg tertelan tumit kasut..

22.9.10

321 : Puasa 6

salam..

masih lagi dlam bulan Syawal----bulan raya.
mungkin ramai lagi yang kena hadiri rumah terbuka.
makan pree...rezeki jangan di tolak

mungkin juga ramai yg sedang berpuasa skrg ni
Puasa 6
aku?
esok..insya-allah..

insya-allah saje tau...

20.9.10

320 : kisah hari ini

salam..
pertama kali ke udara selepas cuti panjang beHari Raya..

alhamdulillah, rasanya raya tahun ni cukup meriah, cukup happening..syukur sgt..
semoga raya tahun2 seterusnya..begini atau lebih meriah lagi.

harini pulak hari pertama kembali bekerja selepas bercuti seminggu
rasa tkde semangat pada mulanya, tapi
terpaksa jua ku hadapi..
setengah hari habis hanya dgn membaca email yg beratus-ratus itu..
sungguh..membuhsankan, tapi demi mencari rezeki sesuap nasi,
terpaksa jua ku gagahi..

tapi cepat pulak rasa masa berjalan,
sekejap aje dah kul 5.30 ptg
waktu balik keje..hujan punya ler lebat beserta angin yang sungguh kuat
rasa mcm dh nak kiamat
syukur tkde apa2 yg berlaku...daku slmt dlm perjalanan, smpi ke rumah

balik..nak masak...
gas pulak habis...fuh...dugaan sungguh..

hujan smpi ke mlm
layan fb..layan blog nih..
titun..zzzzzzz

14.9.10

319 : gambo Raya

Salam. Raya yang di tunggu2 sudah pun berlalu. Kini kehidupan kembali spt biasa...kembali bekerja, mencari rezeki...& teruskan hidup...

Di bawah ini sedikit gambar keluarga utk kenangan ku ketika menyambut Hari Raya baru2 ini. Gambar ini dirakamkan di rumah mak aku di Kpg Lekir, Sitiawan. Meskipun Mak & Pak telah tiada namun kami tetap balik ke kpg ketika Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, kami juga mengunjungi pusara mereka....semoga roh mereka aman di sana..Al-Fatihah~

ini ler gambar tiga orang cahayamataku..Aliff (11 thn), Ariff (14 thn)& Amira (6thn)

aku memohon ampun & maaf dari suami terchenta~

gambar kami sekeluarga..


9.9.10

318 : di kampung sudaaa

salam sejahtera,
mesti ramai yang sibuk menyediakan berbagai juadah utk raya
seronok rasanya bila masak beramai-ramai
bersama adik beradik..

lalalaalaa....

Slmt Hari Raya...
malam ni kita main mercun plak yea...oopssss
jgn report polis ye...

8.9.10

317 : sesak

cerita jalan-jalan sesak, tol sesak, highway sudah mula kedengaran
banyak sungguh kenderaan yang mengalir di jalan raya..

nasihat saya, mulakan lah perjalanan di awal pagi..sekiranya boleh
ini dapat mengurangkan kesesakan di sana sini
di R&R pun sesak...nak pi kencing pun kena berbaris panjang..sian kan???
semua org nak Raya
semua org nak balik kpg..

pandu hati-hati
ingatlah orang yg tersayang..

Salam Syawal dr saya..
blog ini mungkin juga bercuti...seminggu..

6.9.10

316 : cuti

Puasa dah nak ke penghujung nya;
raya pulak, sudah semakin hampir;
Lagu raya di mana-mana saje kedengaran

Semua persiapan Raya telah selesai;
Tunggu masa untuk balik kampung saje

Aku start bercuti dari 9hb hingga 19hb
20hb Sept baru start keje balik...bes bukan?

Yang malasnya sekarang...ialah

Nak siapkan beg..isi baju-baju semua utk bercuti...uwaaaa....

I hate..



Vrrommmm..........tata

Selamat Hari Raya ...buat semua yang singgah di blog ini :)


3.9.10

315 : ang pau oh ang pau



ini adalah paket2 angpau yang baru aku dapat. dari RHB bank & juga butik Ariani..
aku dpt sikit jer..cukup ler kan..watpe banyak2, nnti kena isi banyak2 ...heheeh


beli tudung kat Ariani pun dpt paket angpau tau..ini tinggal separuh je, yang separuh lagi kakakku sudah kebas..



sarung angpau nya sudah ada di tangan..masalahnya skrg ..isi nya..

kalau aku isi dgn daun getah......agak-agaknya ada tak
bebudak yang baling mercun bola kat aku???

1.9.10

314 : balik kampung

"bila tiba hari raya,
semua insan bergembira"....
sana sini pasang lagu raya ye...


kali ni nak cerita pasal balik kampung pulak. kata orang bila tiba Hari Raya kalau tak balik kampung..tak besh arrrr...tetapi bagi mereka2 yg tiada kampung, macam mana pulak?


Beraya di kota pun tak kurang juga meriahnya, sana sini ada open house. boleh pergi open house rumah Perdana Menteri..dll. Cuma kata orang, KL akan jadi sunyi sepi bila tiba Hari Raya sbb majoriti pnduduk nya sudah pulang ke kampung. kalau ada pun, kebanyakkan nya yang tinggal hanya lah pendatang2 asing..yg cari rezeki di negara kita ini.


Tahun ini...di Hari Raya yang pertama aku akan balik ke kpg halaman ku. sbb udah 2 tahun aku beraya di rumah mertua. Meskipun mak pak aku sudah tiada, tetapi kubur mereka masih ada dan perlu aku ziarah..terutamanya di musim2 Raya begini..

Hari raya kedua baru aku bertolak ke rumah MIL. Jauh pulak tu..nun di Kelate...

Ada ke yang bergaduh suami isteri pasal nak balik kpg bila tiba Hari Raya mcm ni ?....
Bawa berbincang...