18.1.10

219 : santai ~17 Jan 2010

semalam, jalan ke Tg Tualang utk menghadiri majlis perkahwinan. kami smpi agak awal lebih kurang pukul 12.15 tgh, mmg time makan. cuaca panas, lepas makan kami terus blah..memandangkan masa pengantin utk bersanding agak lama lagi, tk larat dah kami nak tunggu. apa2 gambar pun tk sempat nak di tangkap kecuali gambar kami dalam hutan. ini kerana rumah org kenduri tersebut dekat dengan kaki bukit...dekat dgn hutan lah..pendek kata nya..

selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Pasir Salak. ini lah kali pertama aku ke sana.

ini gambar kami di tepi Sg Perak..di Pasir Salak. aku tkde dlm gambar sbb beraksi sebagai kamerawoman..

tk ada byk benda yang boleh di tangkap gambar utk di buat kenangan. kebanyakkan tempat yg di lawati adalah di larang sama sekali utk mengambil gambar. tu ler pasal nya..apa2 gambar pun tkde..hanya gambar ini yg boleh di tangkap itu pun sbb ianya terletak di luar terowong sejarah.
nak masuk ke terowong sejarah di kenakan bayaran, bagi orang dewasa RM4 & kanak2 RM2..bes ler jugak. sejuk, ada air-cond..

dlm pukul 4.30 kami pun kembali ke Ipoh. Letih, semua tertidur di dlm kereta kecuali drebar & co-pilotnya..

14 comments:

Mak Su said...

maksu lalu-lalang kat hiway selalu nampak sainboard pasir salak, tapi tak sampai2 lagi.... timakasih rozita, skrg jadik tambah bersemgt pulak :)

Chenta said...

wahh, sampai time makan ! masyhuk ... ekekee

Dulu saya dok Bota , selalu gak kesana (Pasir Salak ) lalu ikut Kampung Gajah .


ermm..nostalgia. Kalau dizinkan , nak pergi lagi ..

tasekM said...

apa cer aku org perak haram tak pernah sampai sana. ha ha.



.

julietchun said...

bukan main bergaya abang baju merah tu,ehehehe.

Rozita said...

mak su,
sesekali singgah ler. ianya agak jauh ke dlm, tp tmpt yg sungguh aman


LinDa,
ye, akak pun lalu ikut kg gajah ler. oh..dulu pernah ler duk kat peghok ye. pandai ke cakap bota?

Rozita said...

tasekM,
aku pun baru sampai TM. udah umur 38 tahun :)

juliet,
dia mmg kaki bergambor juliet. sabo je lah

Hint PerihaL said...

sonox jln kak..dgr org kawen..terasa gak nk kawen..

Mata Hari said...

yang gambar paling atas tu, siap memberikan jelingan manja lagi...hihiihi..

Rozita said...

hint,
apa tunggu lagi. umur dah baligh. kawen je la :)

matahari,
tak tau mcam mana ble posing mcm tu..jelingan maut tuh..

mamai said...

sudah beberapa kali aku nak ker sana tapi tak kesampaian lagi

Anonymous said...

Best woooo kalo dpt jenjalan cengginih...

mugiwara said...

dulu,
kami pergi masa raya.
tutup.

hahahha...siapa la yg bg idea bijak masa tu.

orang g beraya jmpe sedara mara, ni pegi melencong...[tak sesuai guna melancong sbb kt kg sinri]

Yunus Badawi said...

Apasal tak mintak abg baju merah tu ambikkan gambar. Bolehlah awak posing pulak hehehe

Saya adalah sekali pergi Pasir Salak tu. Mcm terbiar aje tempat tu.

Rozita said...

mamai,
mai ler..


Yan,
bukan jalan ke mana pun..dekat2 aje


mugi,
dia org pun nak raya jugak. mesti ler tutup


YB,,
tmpt tu agak hulu sikit, tu pasal terbiar. kerajaan negeri tk berusaha nak promote kan tmpt nih. yg ramai dtg pun, rombongan sekolah aje, rombongan cik kiah tkde pulak he2

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...