6.1.10

214 : macam macam ada

ini kejadian semalam, di kala sebelum maghrib, beberapa orang pekerja bandaran dtg ke kawasan rumah aku utk menebang pokok. pokok2 yang di tanam di tepi2 jalan, di luar pagar rumah, habis di tebang , ada jugak yg di trim dahan2nya supaya tidak menganggu pengguna jalanraya atau pendek kata, demi keselamatan penduduk setempat lah.

meskipun kerja nya nampak simple, dan mudah tetapi hampir seramai 10 org pekerja yg terlibat..see...betapa ramai yg dapat bayaran kerja lebih masa pd hari itu kan..kan..
dua tiga org saje yg bekerja yg selebihnya hanya sekadar melihat2 dan bersembang2...no komen lah!

di bawah ini pula adalah gambar disekitar majlis penyerahan Lesen Racun Kelas B kpd pengimport & eksport bahan kimia beracun juga kpd penjual2 bahan kimia beracun

ianya berlangsung selama setengah hari di Jabatan Farmasi Negeri Perak. Aku salah seorang peserta di bengkel ini, kerana kilang kami juga ada menyimpan/mengimport bahan mentah kimia di dalam kategori ini.
Lesen ini perlu diperbaharui setiap 31hb Disember..& bayaran RM100 dikenakan..kerajaan dpt duit lagi...
sedikit ceramah berkenaan dengan bahan kimia yang boleh menghasilkan beberapa jenis dadah merbahaya..mungkin ramai yg tak tau, sebenarnya amat mudah sekali utk menghasilkan dadah.
di dalam ceramah ini, pihak Jab. Farmasi juga ada berpesan, ubat2an yang kita gunakan atau dibeli dari Farmasi, mestilah berdaftar atau mmpunyai i) No. Pendaftaran (Mal) ii) Label Hologram Meditag...ntah apa kebendenya..aku pun tk prasan selama hari nih :P


Ini adalah gambar bunga api di sekitar malam sambutan tahun baru 2010 di Ipoh.gambar yang tk berapa jelas, maklum lah snap guna kamera hp saje..sudi layan ye!

Ianya di sambut di dataran Ipoh berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh

Malang sekali, mungkin juga baik sekali..sambutan yg amat sederhana, tiada artis2 menyanyi..sekadar tarian2 dari kumpulan kebudayaan Negeri Perak

10 comments:

tasekM said...

malam tahun baru tu hari. kengkonon nk pi tgk bunga api. jam 11.30 br keluar rumah. penyudahnya tgk bunga api dr dlm keta je. jalan jammed.

ceit!


.

CITY® said...

heeeeeeeee

tq sharing...

takut gak sebenarnya pasal ubat2an nih.
niat ati tak mo ambik panadol, bila tgk info dlm tenet ni macam2, tapi time sakit?
panadol gak yg ku cari..
waaaaaaaaaa
tolonglah malaysia!!
selamat kah kami lagi?

huhuhu

Rozita said...

TM,
mmg ler jem giler sana sini. road block pulak di setiap ceruk. he3..aku kuar naik motor. berdua-duaan saje kaedahnya


BluE..
mmg susah nak berlekang dgn panadol di kala pening kepala. actifast lagik..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

lu ipoh kt ner....wa nak balik kg nih...

Suziey Ahmad said...

hmm elokla xde artis menyanyi..

Rozita said...

pentoi..
wa ipoh kat jalan KK


suziey,
mungkin sbb tkde modal kot nak undang Siti Nurhaliza ke

julietchun said...

takde konsert takdelah duit kerajaan abis gitu je, buleh guna untuk buat benda lain yg lebih berfaedah.

Rozita said...

juliet,
ye3..datuk bandar yg ini jimat sekali

nahmy said...

begitu byk agenda di hujung & awal tahun yek....apapun salam masihi 2010, semoga makmur dan ceria selalu

mamai said...

ipoh tetap meriah

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...