30.10.10

347 : bola bola bulat bulat kejar kejar menang menang kalah kalah

harini nak cerita pasal bola pulak
perlawanan akhir NS vs KLTN

bola sebiji yang direbut rebutkan

kita tengok siapa yang menang..


siapa yang mendukung piala..

juga...

siapa yang kena....

kena belasah..

kena mercun..

kena apa-apa aje lah.

harap perlawanan kali ini berakhir dgn sempurna aman damai
penuh dgn semangat kesukanan..

moga tiada tragedi buruk yg berlaku..

aku?

aku teka kelantan menang 2-1

jgn mara :))

29.10.10

346 : ntri rehat hari Jumaat

seperti biasa ntri rehat
hari Jumaat

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. (ambil kalkulator cuba kira ye)


Peringatan untuk diri sendiri & juga buat semua pembaca muslim

28.10.10

345 : Farmville

tadi aku baru dengar berita ringkas kat radio
ada ibu yg sanggup mmbunuh anaknya hanya
gara-gara leka bermain Farmville di fb

si ibu naik berang bila anak nya itu menangis
tanpa hnti...sehingga menganggu dia yg leka bermain FV

sungguh bahaya
sungguh ramai yg fanatik dgn FV tu..

sila kontrol diri anda okeh~

berita sepenuhnya aku tak tau..
korang cari lah sendiri ye

27.10.10

344 : bagai mana

bagaimana nak menjadi penghuni fb yang tegar
kalau tiap-tiap malam asyik berebut komputer dgn anak-anak

bagaimana nak menjadi blogger yg tegar
kalau sering ketandusan idea..

bagaimana?



bagai mana?

ha?

26.10.10

343 : daging ular ke?

malam ni dinner
aku masak asam pedas ikan pari
ikan pari potong2 bukan yg sekor2 punya

mungkin juga ini kali pertama aku masak ikan pari cenggitu

asben aku komen baik punya...
kata nya sedap..sungguh memuaskan
makan hingga tak hengat...


tapi

[anak anak aku] "mak..malam ni mak masak apa? cam daging ular je"

huh...ikan pari tu dia org kata mcm daging ular
kembang juga tekak aku
langsung tk lalu nak telan..

anak aku kata 'lebih baik makan daging ular dari makan ulat...'
sabor je lah~

25.10.10

342 : siapa lewat akan kena warning

hari ni hari Senin..kemalasan bekerja melanda

pagi-pagi pulak kena prepare warning letter utk 'mereka itu' yang selalu datang lewat
ke tempat kerja..
huh..bos sudaa mengamuk..

awas! jgn suka dtg lewat ke tmpt kerja okeh..
ini Ipoh bukan KL..mana de jalan yg jem ?
tkde alasan utk dtg lewat ke tmpt kerja

alasang mu tidok di terima..

22.10.10

341 : ntri Rehat

hari ni hari Jumaat

ntri rehat


PERKARA SUNAT DI LAKUKAN HARI JUMAAT

1. MANDI
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."

3. Memotong Kuku
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
6. Berselawat

20.10.10

340 : negeri Maju 20102010

Tahniah orang Melaka

Melaka menjadi negeri Maju 20102010
.
.
.
.
ini je sorang rakyat Melaka yang aku tau
.
.
TasM

ada ke sesape lagi blogger dari Melaka, meh pekenal kan diri

seronok ke duk kat Melaka tu?
dengar ceritanya, kadar pengangguran (betul ke ejaan ni) pun kurang..
rasa nak pindah Melaka plak..
tapi..
Melaka ada jerebu kan???

339 : jari jariku sakit semua..kerna bekerja..sehari-hari...[lagu]

korang nampak tak gambar jari di atas tu? semua orang ada jari kan? dan kenal apa itu jari..kalau tak kenal lebih baik gantung diri..

aku ada masalah dgn cerita jari-jari ini...

punca nya semalam, semasa memotong kuku Amira [anak perempuan I]

perbualan nya bermula begini..

"mak..kita ada sepuluh jari tangan & sepuluh jari kaki kan? [Amira]

"ye" [aku]

"kita ada ibu jari kan? tapi...ayah jari nya mana? " [Amira dgn muka inesen nya]

aku senyum jer...
apa aku nak jawab pun tak tahu...

korang boleh tolong jawab ke? mana satu Ayah Jari???

Nota pening lalat : Dah 39 thn umur aku, pun masih tak tau mana satu
Ayah si jari...

19.10.10

338 : hutang piutang

hutang..

bila sebut pasal hutang..mesti ramai yg dah tau..apa itu hutang kan?

ramai org yg jadi resah gelisah bila byk hutang..
ada juga yg menjadi gundah gulana kerana orang tak bayar hutang padanya..

ini ler yang terjadi...hari ini

seorang hamba allah..kat tempat aku ni ha..
kecoh..
riuh rendah..

"e.eee... nape la si polan bin si polan ni tak nak bayar2 hutang nya
janji hujung bulan lepas..ni dah nk smpi ujung bulan lagi...belum jugak bayar2..
mmg dasar tk kenang jasa..dah tu belagak pulak..bla..bla..bla... [orang itu]

"laa....sape yang berhutang ngan ko tu? [Aku yg menyibuk]

" ada lah..si anu bin anu tu..dia beli anu dari aku [orang itu]

"banyak ke hutang nya"? [Aku yg terus menyibuk]

" tkde lah banyak...10 hengget jerk, tapi dah lama dia tak bayau.." [kata orang itu lagi]

gullppp......terus diam [Aku tk nak menyibuk lagi]


ingat kan banyak lah hutang nya yea...baru 10 hengget dah riuh se kilang
kalau sepuluh juta..mau rentung satu kilang.

Nota peringatan : Hutang tetap hutang. Tetap duit orang. Kasi bayar
ler meskipun hanya 10 sen

18.10.10

337 : anaktiri negara

.
.
.

Salam hari senin yang penuh ceria..
.
.
.
Bajet 2011!


aku pekerja swasta

terasa seperti

di anaktirikan~ :))

15.10.10

336 : jom lompat

semalam, malam, aku ke pasar malam..(berapa byk malam daaa....
biasalah, kalau ke pasar malam kita mestilah berjalan kaki..
apa tah lagi pasar malamnya depan rumah aku aje...

dlm perjalanan balik...

oopppssss

aku ternampak seekor katak besor...yang menghalang perjalanan aku..
eeee....aku mmg geli kan katak okeh...
aku tak pasti pulak, samada katak tu geli atau tidak bila nampak aku (ngee)

yang heran nya...
maka dengan tindakan luar kawalan..
aku terus melompat....tinggi ler jugak..boleh tahan :))

ish...selalunya katak yang lebih sinonim dengan lompat..."lompat si katak lompat"

tengok......sekarang aku plak yg melompat...
mujur katak tu tak gelak kan aku..

335 : orang baru

saje nak share penghuni baru rumah no 6 psrn 18 ini...orang nya muda belia..cukup muda..belum cukup umur lagi..perangai cukup nakal..suka gigit-gigit orang..suka kacau orang tido...nama dia Notti..dia ni perempuan...ooopssss.....bukan, betina.

kucing ni aku baru adopt. rasanya dah hampir sebulan. sewaktu kami pergi 'menge-teh' di kedai mamak..tiba-tiba ternampak dia ni yg keseorangan atau keseekoran????. kesian pulak. waktu itu, kekanda ku jua ada bersama..dia kesian sgt, takut kena langgar. lalu, kami pun bawa pulang..dah terus bela dia..sehingga ke hari ini..

orang kata, kalau pelihara kucing, jangan suka tangkap gambar mereka..takut mereka pendek umur..ntah boleh percaya ke tidak..I dun know...tp aku suka tangkap gambar kucing..

macam siTedi ni, suka sangat tangkap gambar kucing2 kesayangan nya..tak takut umur dia org pendek ke????

heheheheh...

tumpang lalu...nak pi rumah jiran sebelah sat...makan ketupat.

14.10.10

334 : Low and High

bila aku baca n3 cikHanie yang ini tiba-tiba aku teringat pengalaman yang sama pernah aku lalui ketika membelek resume mereka2 yang minta kerja..

yang aku pernah terjumpa

Education :
Low School : Sek Rendah..bla..blaa
High School : Sek Menengah..bla...bla..

untuk sekolah kita tak kan ler guna tinggi rendah roper itu...

ye lah..tak baik gelak kan orang kansss...

Pembetulan : Primary School & Secondary School

Nota peringatan : Jgn sibuk kat resume orang, cuba plak check resume
sendiri...ntah apa yg kita tulis yea :)

13.10.10

333 : cantiknya nombor ni..i loike


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.

Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku).
The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

artikel ni aku cedok dari fb. rasa amat tertarik. sesuatu yang biasa kita lakukan tanpa kita sedari. bermacam2 pengetahuan kita boleh dpt dari internet yea...semoga hidup kita menjadi lebih baik dari hari ke hari..

Nota cute : Peace No War?!

10.10.10

332 : 10.10.10

10.10.10

cantik sungguh tarikh hari ini

tahniah kepada yg melangsungkan perkahwinan hari ini
angkasawan negara..
juga yang lain-lain

selamat hari lahir
kepada yg menyambutnya hari ini
kanda ku..Norizah Hasan..

9.10.10

331 : ada soklan nak tanya?

satu hari, satu peristiwa di satu pagi...di pejabat aku

" ok..selesai sudah sessi induction trg kali ini, sy harap kamu faham dan jelas dgn segala peraturan, dan segala benefit kamu sebagai pekerja di kilang ini" [Aku]

" ada apa-apa lagi kamu nak tahu, nak tanya. atau ada apa2 lagi yg kurang pasti, kamu boleh tanya sekarang" [Aku]

"emmm...tkde apa-apa puan...cuma saya nak tanya...Umur puan berapa ye" ? [budak kilang]

[aku]....senyum aje . soalan extravaganza sungguh

[aku].."ok saya hantar kamu masuk ke kilang skrg..


macam ini pun ada orang yea...apa daaaa...

Nota hati kecik ku : nampak tua sangat ke aku ni....atau nampak muda
ke? kuikuikui

8.10.10

330 : tak tau jaga badan ke?

"eh..nape kamu ni, semakin hari aku tengok ..semakin gemuk"
" tak jaga badan ke?"


ini ler stetmen yang aku terima harini..
sedih ler jugak, sebab ianya datang dari bukan kaum sejenis..
uish..malu pun ada, bila org kata ...tak tau jaga badan..

emm....

?...


Nota kecik hati : aku tak
marah..sebab mungkin ada kebenaran nya..


7.10.10

329 : setahun ntah berapa kali naik

tertarik dengan stetmen di bawah..meskipun ianya tkde kene mengena dgn aku....tapi...suami aku..


KL Dis 27: AGAK pelik sikap pemerintah di mana-mana negara sekular di dunia
termasuk Malaysia melarang rakyatnya menghisap rokok kerana ianya suatu sikap
buruk, sedangkan menjualnya kepada rakyat, atau mengaut keuntungan ekonomi
di atas keburukan rakyat itu adalah sikap yang lebih buruk dan tidak bermoral
lagi, dilakukan oleh pemerintah tersebut.


susah nya nak suruh dia org ni berenti merokok ye...tak tahu nak nasihat apa lagi kat en asben tuh...sabor je lah.

kerajaan pun sama...setahun entah berapa kali naik nya harga rokok ni..tp...rakyatnya isap jugak....anak bini yg merana bajet lari :)

6.10.10

328 : sekurang-kurang nya tahu membaca & menulis

ish...sungguh sedih
tadi interview operator mesin
...ada sorang budak..sekolah sampai tingkatan 5...tapi..
membaca n menulis pun tk reti..
muka nampak ok jer..ensem boleh tahan...lahir tahun 1991.

apa ler dia org nak keje yea?..di zaman yg sungguh mencabar ini..

adoyai....risau nya...bangsa ku sendiri..

4.10.10

327 : hari ini hari Senin!

fuh..pagi ni bukak email..rasa nak terkejut ler pulak...ada yang hantor brochure tu..kereta di atas tu. macam ler aku ni mampu nak pakai kereta tu.... :)
ntah dari mana ler sales man ni dapat email address aku agaknya! hahahahah

mati idup balik pung, rasanya...tak akan jadi kenyataan...tak kan dpt pakai kereta ni :))


Nota : Maaf, tajuk tkde kena mengena dgn ntri okeh~

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...