30.5.09

81 : salam buat semua!

dah beberapa hari tak apdet blog nih...

pasalnya...


kat opis, beberapa hari lepas, tenet down...TM punya fibre optic putus...lebih kurang gituu ler sebabnya...

kat rumah, aku tak berapa ada masa nak bertenet...aku lebih suka golek2 kat atas katil kalu takde keje nak buat...tak pun baca novel...

salam sayang buat semua ye!
kpd yg sudi singgah, tolong cuci2 sawang kat blog nih..tenkiu..tenkiu..

27.5.09

80 : 14 tahun dulu..

Hari ini 27th May...



27th May 1995.....
14 tahun dulu.....aku bersanding ............meahhahahahaaa (terasa kelakar plak)
pakai songket merah....
masih jelas dlm ingatan akan peristiwa itu...


Selamat Ulangtahun......untuk AKU & SUAMI..............dah 14 tahun kami hidup bersama..

26.5.09

79 : jom...

tiba-tiba aku rasa macam nak naik benda nih..vrrroommmmm! siapa nak tumpang? angkat tangan...

22.5.09

77 : jogging

semalam. malam, oleh kerna tkde apa2 aktiviti, aku pun ajak incik husby aku serta anak2 berjogging, keliling padang Ipoh.
kebetulan, berat badan aku pun sudah diluar kawalan, maka cara yang elok utk menurunkan nya ialah dengan berexercise....
aku bersama anak2 aku pun...berpusing..pusing, keliling itu padang..............
siap lah dua tiga round...badan pun berpeluh-peluh....amat sihat sekali kan?? kan??
tiba-tiba.....................
aku rasa lapar, lalu...aku pun mengajak incik husby aku makannnn
aku pekena nasi lemak...waduh..waduh...bersama teh tarik....
.
.
.
.
.
.

emmmmm.................apa lah makna nya jogging aku tadi...!!!

76 : aku di tag

The Rules :

1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” untuk diletakkan di blog anda. Sudah


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. Sudah di letak kan di dlm blog list. Pemberi award ini, seorang kenalan di alam blog...adik pretty..secantik hujan yg turun
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag). Saya sangat suka
1) Berblog
2) Berforum
3) Bermakan minum
4) Bershopping
5) Berehat-rehat
6) Bekerja
7) Bertidor
8) Baca Novel
9) ?
10) ?
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog:-)
Ala..sian la kat dia org semua. tak yah lah eh????

21.5.09

75 : stesen bas


ini adalah gambar puduraya. rasanya semua orang tahu kat mana & di mana tmpt itu..
ye..stesen bas utama & terbesar di KL. suatu tempat yang sentiasa sesak, bising & panas
ianya sudah di buka hampir 30 tahun yang lalu.
semlm aku dengar dari berita jam 8, stesen bas ini akan di pindahkan ke bandar tasik selatan. ianya akan bergelar "hentian tasik selatan" dan bukan lagi "hentian puduraya"
dulu masa kecik2, kalau aku nak ke KL umah kakak aku....di sini lah tmpt nya. aku dr kampung akan menaiki bas xpress, dan kakak aku akan menunggu aku kat puduraya ni lah..sungguh manis kenangan itu.
tapi skrg, dah hampir lebih 15 tahun aku tidak ke sana..ntah mana lah rupanya sekrg...
strategik atau tidak, tmpt yang baru itu..wallahualam..

74 : Tido

malam tadi. aku & anak pompuan aku baring-baring bersedia untuk tido..

tiba-tiba...soalan keluar..

Anak : Mak..tidor ni untuk apa ye?

Ibu jawab : Tido ni untuk kita rehatkan seluruh badan..(jawapan poyo seorang ibu yg kurang bijaksana..)

Anak : ooo, ingatkan tido untuk rehatkan mata aje..sebab bila rasa nak tido, mata yang tak boleh buka...

Diam...

(esok. lusa. tak tau apa soalan pulak yang akan keluar!!! )

20.5.09

73 : ikan kekek mak iloi iloi

salam sayang buat semua! di petang yang indah ini....

jom kita pi mancing...

72 : perasaan ku

Rabu

20hb May..

perasaan aku ketika & saat ini..

geram..

marah..

keciwa...

semua rasa ada...kelat, pahit, maung...

sebab nya...

tenet kat opis aku semput...

lajunya umpama sifut vavy..

asyik2 kuar " page cannot be displayed"...
asyik2 mende ni aje yg kuar...

relax...relax...relax...

aku tk boleh nak merayau-rayau, baca blog korang...

ni yang buat aku rasa nak pencen berblog...

menasabah ke????

19.5.09

71 : pancit

aku baru aje terima panggilan dari anak lelaki sulung aku.

tayar basikal nya pancit lagi. dah lah minggu ni ada exam, tak kan nak ponteng sekolah.
yang menggeramkan aku, dalam seminggu, hampir tiga atau empat kali tayar basikal nya pancit..aku pun tak tau di mana silapnya...
samada...kualiti tayar itu sendiri, atau pun ntah ke mana dia merayau-rayau hingga tayar itu pancit tercocok besi tajam

aku keje, asben aku pun keje. siapa yg nak hantar dia ke sekolah?

nak suruh dia jalan kaki, aku takut pengsan plak dia nanti. sbb sekolahnya agak jauh ler jugak..amat tidak sesuai utk berjalan kaki..
fenin...fenin aku memikirkan nya seketika!..oopppsss...
aku suruh dia tumpang orang aje lah......
tumpang orang nih.....ble kot????
.
.
.
.
.
.





18.5.09

16.5.09

69 : lu pikir la sendri

sambil merayau-rayau ke blog2 mereka itewww...aku layan pondok-pondok.
rancangan ini di hoskan oleh abg bil.."lu pikir la sendri"..
tapi aku agak kurang tertarik dgn rancangan ni. sikit pun tak kelakar, aku tak gelak langsung..
dua tiga kali renung mcm lawak org B***H aje..

aku lebih suka Tom Tom Bak..di astro, yg di acarakan oleh Aznil Hj Nawawi. yang ini lebih mantap..kelakar, kadang2 mmg aku gelak besar melihatkan telatah anak2..

aku tak tau la pendpt korang.."lu pikir la sendiri


68 : memekak

Ni kisah jiran depan umah aku. baru je duk menyewa, budak2 bujang. aku pun tak tau apa profession dia orang. sama bangsa ngan aku..
skrg ni..bagi masalah pd aku. bukan lah masalah besar sgt, tapi kira masalah ler jugak..
masalahnya............suka memekak, pasang radio punya ler kuat..tak kira waktu zohor ke, asar ke,...bising sungguh..melalak..lalak..siap berkaraoke lagik tadi...sabo je lah...(mujurlah lagu yg di pasang selalu tu, sedap..lagu rock 90an..hehehe
nak tegur...sumpah, aku mmg tak cukup berani..kira lantak aje lah..tebalkan tahi telinga..kasi pekak skit
mujur tak de baby kat umah, kalu tak sure tak dpt nak tido pun..

15.5.09

67 : ga wau ro wau ???

dua-tiga hari ini sibuk orang memperkata kan pasal 16 Mei ...ye..sambutan Hari Guru
tapi kebanyakkan sekolah menyambutnya pada 18hb Mei...tak kisah lah bila pun..
janji sambut..
aku di zaman persekolahan dulu ...tergolong di dalam murid2 yang 'sedang-sedang' aje.
maksud aku, bukan lah di kalangan murid yang femes atau fofular..
aku juga, bukan lah murid yg menjadi kebanggaan guru. spt yg aku katakan tadi..aku murid biasa-biasa aje..
tapi....itu tak beerti aku tidak menghargai jasa-jasa guru. sesungguhnya dari mereka lah aku mengenal A, B, C
Ibubapa masa dulu, bukan spt sekarang. ibubapa sekarang sgt pro-aktif. manakala ibubapa aku dulu, hanya meyerahkan bab2 pelajaran & pengajaran bulat2 kpd cikgu di sekolah.
itu pendpt aku lah..pndt org lain, aku tak tau..
Akhir kata...Selamat Hari Guru buat semua guru-guru. Buat rakan2 aku yg sudahpun bergelar guru. Buat rakan-rakan blogger yg juga berprofession kan guru...Semoga anda menjadi seorang guru yang di kenang bukan di tentang....

14.5.09

66 : selamat ke tak ni?

aku pun tak tau la..samada polis tangkap atau tidak, kalu korang buat kesalahan macam ni..

aku nasihat kat korang semua ek..hati-hati lah..pastikan kedudukan nya betul..di jamin selamat..

.
.
.
.
.
.
.
.
.


13.5.09

65 : pe makna nya?


.
.
.
. DHA tu apa?
.
.
.
.
. ah!....aku pun tak reti nak jawab..
.
.
(puas aku pikir apa minatang nya tu?????)

64 : appLe


If you like to eat apples with skin, watch out ! Please don't eat the skin of the apple if it's coated with WAX. Please check before you eat many of the fruits. WAX is being used for preservation purposes and then cold stored. You might be surprised especially imported apples are more than one year old, though it would look fresh..... Check the snaps
But I like to eat with kulit2 nya sekali!!!!

63 : baby

hari Isnin lepas...aku menerima dua SMS perkhabaran tentang baby yang baru lahir ke dunia ini..tapi bukan rakyat PERAK ye...sorang rakyat Kelantan & sorang lagi rakyat Negeri 9..
dia orang tak nak jadik rakyat PERAK..sbb sekarang tengah huru & hara...hahahah

1) sms pertama dari adik Ipar aku..slmt melahirkan baby girl, baby pertama nya - lahir secara normal...dia tnya aku bila nak dtg melawat....emmm...jauh tu..bukan senang nak balik dik..akak ko ni kena keje lah..

2) sms kedua, dari kawan lama aku, skrg dia mengajar di N9. telah selamat melahirkan baby boy tapi secara caesarean. anaknya yang ke-4.

apa-apa pun aku senang hati, sbb kedua-dua selamat melahirkan..TAHNIAH buat mereka..

soklan yang sama dri mereka kepada aku...."bila lagi nak tambah ???? ( tambah apa ye????)
heheeh.......tiada jawapan buat masa ini...subject close..
.
.
.
.
.
.
(gambar hiasan, bukan baby mereka sebenar)

10.5.09

61 : hantu

malam ni ntah kenapa aku layan cerita cheplos kat TV9..
cerita hantu...yang heran nya cheplos ni hantu kategori baik..lucu ah...
siap ada gigi taring satu..badan berlilit2 macam mumia...ini lah hantu melayu..

minggu ni punya cerita..cheplos tu siap berdoa2..sebut nama allah lagi...

ok lah..aku nak sambung tengok ye..

9.5.09

60 : sesekali ku rasa teringin

seperti yang aku cerita kan semalam...aku demam.

arini baru rasa nak kebah. tiba-tiba tekak rasa teringin nak makan maggi.
korek2...stok yang ada cuma mee sedap. aku pun masak lah dengan serba sederhana aje..

fuhh....tak sangka..memang sedap rupa nya mee sedap nih...tak sia-sia aku masak & makan tadi..nyum--nyum..

sape nak cuba, pi la beli!



8.5.09

59: flu & demam

sekarang heboh di perkatakan pasal demam apa tu..swine influenza, kerna virus H1N1..(betul ke ni????

dan aku juga pada arini, Jumaat telah mendapat demam & flu..sbb itu aku bercuti, duduk di rumah, kena kuarantin, tak boleh ke pejabat..takut org2 syak wasangka...

tapi skrg aku dah sihat sikit2...dah boleh la nak bertenet...aku tak pegi klinik pun, makan ubat pun tidak...



7.5.09

58 : award dr cumeen blogspot

Syarat2 penerima:
1) Pastikan jantina anda ialah perempuan
confirm...sy mmg perempuan, tak caya ble check arrr
2) Copy badge sebagai award anda......DONE
3) Nyatakn 7 sbb kenapa anda bangga menjadi perempuan
a) kaum sangat istimewa
b) boleh melahirkan anak, menyambung zuriat & memperbanyakkan umat di atas mukabumi ini
c) kaya dengan kasih sayang, yang tiada tolok bandingnya
d) hidup seorang lelaki tidak akan sempurna tanpa hadirnya seorang perempuan di sisi...alangkah berharganya diri seorang pompuan
e) perempuan boleh menjadi seperti lelaki...tetapi lelaki tidak boleh menjadi spt perempuan kerana mereka tidak boleh melahirkan dan menyusukan bayi (susu badan lah ni...
f) syurga di bawah telapak kaki ibu..(penting yg ni..
g) bangga sebab aku adalah seorang PEREMPUAN..

57 : di tag Manje..

Tag ni rasanya dah buat, tp blog yang iteww udah terdelete! Nmind, akak buat lagi, hanya kerana manja..
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Rozita's scrapbook...lebih kurang macam buku conteng2 Rozita..
2) Apakah link blog anda skrg dan bagaimana boleh timbul idea utk menamakan nya spt itu?
zita itu adalah singkatan dr nama saya sendiri. manakala, 4771 itu adalah tarikh lahir sy, iaitu 4.7.1971
3) Apakah 'method' penulisan dlm blog anda?
Apa-apa aje..semua boleh. tetapi lebih suka kepada yg simple, yg boleh meringankan otak..
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tidak pernah. Sy amat suka berblog, berkenal-kenalan & bertukar2 cerita..+ pengetahuan & pengalaman
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kpd pemilik blog yg tag anda ini?
Emmm..blog manje/cerita manje...sweet, hitam itu menawan. Pelbagai kisah ada di dalam nya..
6) Senaraikan 5 org yg akan anda tag.
Tiada siapa yg kena kali ini...peace!

56 : oh ibu!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku......mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

6.5.09

55 : direct seller

harini, tiba-tiba aku di datangi oleh seorang pekerja (operator mesin) di kilang aku..
aku terasa sedikit kecewa...sbb dia sangat berbesar hati datang dari bawah, nun jauh di sana utk berjumpa dengan aku...
pada mula nya aku ingatkan, dia ada masalah...maklum ler aku ni kan bekerja di bahagian HR..
rupa-rupa nya..anggapan aku salah..
dia datang berjumpa dgn aku hanya lah semata-mata utk menjual "slim tea" pada aku....uwaaaa..( korang tau tak apa maknanya?
kesimpulan nya...aku mmg kena diet jugak, kurang kan makan, lebihkan senaman...
(nak sedapkan hati : mungkin jugak dia ni seorang direct seller yang rajin & bagus)

54 : maybank2u

terima email dari maybank, lebih kurang begini lah ayat2 nya...

_________________________________________________________
Unblock your Account

For security reasons, your Maybank account has been blocked due to inactivity or becouse of too many failed login attempts.
Please login at maybank2u to restore your account access.
Online banking: Login


di hantar oleh "Maybank2u"
05/05/2009 08:00 AM
_____________________________________________________________

tiba-tiba aku rasa was-was pasal email nih...betul ke tak? aku hanya buat tak tau aje..terus delete...malas nak fikir sgt

5.5.09

4.5.09

52 : budak melayu nih..


saje nak share. ada sumber2 yang mengatakan budak ni adalah budak melayu yg beragama Islam. tetapi memakai rantai seperti itu..cuba korang tengok, gamba apa? rantai apa? saya tak pasti akan kesahihan nya...sekadar berkongsi cerita..apa2 yg korang tahu, komen aje.

51 : irama di malam nan sunyi

uh....pagi tadi aku bertekak dgn encik husby aku..
dia kata, aku tidur malam tadi berdengkur dengan kuat sekali..
aku tak kan percaya, selagi tkde bukti...

lagi pun aku sendiri pun tak dengar....

encik husby aku kata..lain kali dia nak rakam 'irama' tu dgn henfon..

korang rasa aku betul ke, dia yang betul????

ngeh ngeh ngeh

3.5.09

50 : juru komen terhebat APRIL

terima kasih di ucapkan kepada juru komen terbanyak bulan April 2009..untuk blog saya ini

mugiwara---> http://hartakarunkarat.blogspot.com

sebagai hadiah, tanda terima kasih..ambik ler keta kat bawah ni ha3x

letih dah naik motor kan??



kepada teman2 blogger yang lain juga, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerna sudi singgah ke blog saya yang tak berapa 'luar biasa' ini..sekurang-kurang nya dari komen2 korang semua tu..dapat lah jugak kita bertukar2 idea & pengetahuan..

teruskan berblogger...peace!

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...