28.8.09

149 : oh nenek

Ada sebuah rumah yang didiami oleh nenek yang sudah 10 tahun kehilangan suaminya yang sedang sibuk mengemas ruang tamu rumah nya sambil ditemani oleh cucu kesayanganya. ....Tiba- tiba cucu nya bertanya...
.
Cucu: Nekk...nape nenek takde boyfriend?..
.
Nenek kehairanan mendengar soalan cepu gangsa yang diberikan oleh cucu bertuah nya itu...Lalu dia pun menjawab..
.
Nenek: Ehh..sape kate nenek takde boyfriend.. ade la..die selalu teman nenek di kala sunyi..
.
Cucu: Siapa nenek...
.
Nenek: Ni ha...[sambil menunjukkan tv di ruang tamu tersbt] dia la boyfriend nenek..
.
Cucu:..oo...
.
Lalu nenek itu ingin menonton tv...apabila tv di buka..siaran nya tidak jelas..Lalu nenek itu pun menepuk2 belakang tv itu untuk mendapatkan siaran yang lebih jelas..Tapi masih tidak berhasil..

Tiba2...datang Pak Lebai ke rumah Nenek untuk menjemput nenek datang majlis doa selamat rumahnya malam nanti...
.
Pak Lebai: Assalammualai kum
.
Cucu: Wa'laikumsalam. ..ada apa Tok Lebai..
.
Pak Lebai: Nenek kamu ada....
.
Cucu: Ada..tapi die tengah sibuk duk menepuk-nepuk boyfriend dia tu..

Pak Lebai: Ha????

27.8.09

148 : famili baru

salam semua. nak perkenalkan ini ler penghuni baru kat umah saya
nama dia Kiko
baru amik semalam..
kucing ni sebenarnya kepunyaan abg sulung saya..
tapi dia ada buat masalah...dia selalu buat pasu bunga jiran2 sebagai tandasnya..
jiran2 abg saya rasa tak senang lah, sbb selalu ada najis kat dlm pasu bunga..
.
tu pasal Kiko ni sy ambik jd keluarga angkat..
comel tau..
anak2 sy semua nya suka kat dia..
kucing ni jinak & manja..
.
.
tp nanti nak balik kpg cuti raya...macamana ye?
bawak sekali ke? sy nak balik ke pantai timur..jauh tu..
boleh ke dia tahan duk lam keta lama2..
wallahu'alam



26.8.09

147 : en. kacang

siapa yang tak kenal dgn lelaki di bawah ini. setiap kali kita melihat telatahnya di kaca TV, sure gelak smpi keluar air mata. [bagi yang minat lah, pada yg tak minat, lain citer okeh]


anak pompuan aku suka sangat tengok citer yang di lakonkan oleh pelakon ini.

jika sekali pandang...dia lah manusia yang paling cerdik tapi tersangat lah bodoh...
[spt kata pepatah : cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar]
tak sangka, dia mempunyai seorang isteri yang cantik, begitu juga anak pompuan nya..cute sih...
layan je lah...
Mr Bean yg korang suka tu...[iye ke?]


25.8.09

146 : rama2 & bunga

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga & rama-rama





Namun Allah memberikan nya Kaktus & Ulat


Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberiannya berbeza daripada permintaan.
Kemudian dia berfikir, mungkin Allah mempunyai terlalu ramai umat utk diuruskan.
Dan lelaki ini, memutuskan utk tidak mempeersoal kan nya lagi.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doa nya yang telah lama dilupakannya.
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat kaktus yang hodoh dan berduri, tiba-tiba tumbuh pula bunga yang cantik.
dan daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik
Ingatlah : Allah sentiasa melakukan semua perkara dgn betul
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah
Jika anda memohon sesuatu, tetapi menerima yang lain dari Allah,
percayalah
pastinya allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Apa yang dipinta tidak semestinya apa yang diperlukan...
Teruskan berdoa tanpa ragu...
DURI ...hari ini
Adalah BUNGA hari esok..
wassalam




24.8.09

145 : sungguh...aku buntu

jam sekarang baru menunjukkan pukul 9.45 pagi
otak aku sudah mula memikirkan
apakah juadah yang perlu aku masak..
dan aku beli
untuk berbuka puasa petang nanti..
sesungguh nya
aku
buntu...
apakah aku akan melalui
situasi yang sama
selama 27 hari lagi ?

21.8.09

144 : kehangatan ramadhan

"ramadhan telah datang kpd kamu yang merupakan bulan berkat dan allah telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semu pintu neraka ditutup serta di belenggu syaitan. Ia mmpunyai satu malam yg lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengan nya ia sangat rugi" [sabda rasulullah s.s.w]

143 : pancing cara baru

kepada kaki2 pancing kat luar sana[pancing ikan ye, bukan pancing aweks] kat bawah ni ada cara2 baru nak memancing..

nampak bes jer..

duk bertenggek kat atas batang kayu..

layan gambar je lah..






20.8.09

142 : Award from bro_mie....layannnn



1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!Questions & Your Answers
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Questions & Your Answers
1. The person who tagged you
bro-mie
2. His/her site's title and url
3. Date when you were tagged
August 19th - Wednesday
4. Persons you tagged
fadzilah, suziey, hanie, juliet, &
sape2 yang berminat...di persilakan

19.8.09

141 : smlm

smlm aku MC
sakit perut
ceret beret
mungkin sbb tersilap makan
malam tu aku ada company dinner
mungkin jugak aku terlebih makan
sampai harini
perut masih sakit2
tapi pergi ke tandas sudah berkurangan..
happy wednesday~

17.8.09

140 : hmmm alahai

hish....Emo betul ler aku tengok gambar pasangan nih
ni ler dasar jantan curang~ nauzubillah
yang pompuan ni pun satu, mcm tkde jantan lain lg dah..
laki orang pun nak kebas..
[maaf ye, aku ter emo plak pagi2 nih. cuba letak kan diri kita kat tmpt isteri akhil tu...hayyyy, tuhan je tau]
{ada permintaan supaya aku remove kan aje gambor pasangan ini dr blog aku. Kerana...mereka terlalu meluattt utk melihat..}

139 : xtvt sunday






















agak pelik sikit tempat riadah aku & anak2 kali ini kan?
korang sure tak boleh teka kat mana...
tak payah tau lah eh..
layan gambau je lah..

14.8.09

138 : slang

Al kisah pada satu hari ada seorang pelancung, dia menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu taxi..
' Shaya mau two round ' kata pelancung
' ya..ya..ya... .. ' jawab pemandu taxi
' Shaya mau two round ' kata pelancung lagi.
Lalu pemandu taxi itupun membawa beliau keliling bandar bagi memenuhi kehendaknya. Tiba tiba pelancung tadi terkencing dalam kereta. Pemandu taxi sangat marah...
' U must tell me first before U dot..dot..dot.' kata pemandu.
' Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya ' jawab pelancung.
Pemandu taxi menggeleng kepala...

:

;


TWO ROUND slang Mat Salleh utk TURUN



13.8.09

137 : peringatan

Do not drink coffee TWICE a day

Drink more water in the morning, LESS at night

when battery is down to the last grid/bar, do not answer the phone, as the radiation is 1000 times
~~~~~~~~~~~~~~~~~

untuk tatapan serta peringatan buat 'diri sendiri' juga pembaca2 setia blog ini..
layannnn...

12.8.09

136 : makna

smlm aku baca satu buku
banyak perkataan di dalam nya yang aku tak berapa nak faham
di antaranya

mahabbah
muraqabah
zauq

aku saje malas nak mengugel..
aku tau, ramai pembaca blog nih yang pandai2 belaka
cuba korang tolong terangkan xplain...jika korang tau..
jgn marah ek..

10.8.09

134 : curang

apa perasan korang kalau tiba2 dpt tau suami korang curang ye?




tiba2, pagi ni aku diajukan dgn soklan begini. oleh kerana aku pun belum minum kopi lagi masa tu...ini adalah jawapan yg aku beri

klu suami aku curang, aku pun curang sama lah

ok tak klu aku jawab mcm tu?

7.8.09

133 : buah

korang pernah tak tengok buah apa ni?

.

.

ini ler buah keluak atau buah kepayang

boleh digunakan dlm masakan, terutamanya masakan org Indon

Boleh juga di buat ubat

Ekstrak daun dan kulit pokok boleh membunuh cacing parasit

.

tetapi

biji nya beracun

oleh itu kena berhati-hati jika menggunakan buah ini di dlm masakan

jika tidak disediakan dgn betul dan baik, boleh membawa maut kpd yg memakan isi biji kepayang ini

ianya hanya boleh dijadikan makanan setelah racun nya dikeluarkan dr biji atau daun dgn cara yang betul

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini baru pertama kali aku kenal buah ini

buah yang lain aku kenal la..

sumber aku dpt dr majalah sedap

132 : berita terkini

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan sw as ta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatku as a Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak sw as ta bagi menjamin keharmonian rakyat...
.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelep as an am.
.

Kakitangan awam & sw as ta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selep as penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-


1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja - Original
3. Surat Akuan Majikan - ( tempat terakhir masih bertugas )

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau p as al duit semua mata besar belaka ekk......

Wua wua wua wuaaaa................
Jangan aku sorang jer terkena.....share ler dgn korang plak

6.8.09

131 : EPF

korang agak-agak la kan, berapa agaknya duit simpanan korang kat EPF tu bila mencecah umur persaraan kita nnti?

mungkin ker


1) lebih dari 2 juta hengget
2) lebih 1 juta ttp kurang dr 2 juta
3) 500,000 - 1 juta
4) 200,000 - 500,000
5) kurang dari 200,000

dari servey yang aku jumpa, majoriti ada lah yang no. 5, termasuk lah aku :P
kesian kan..dgn duit banyak tu aje kita nak hidup lepas pencen nnti, klu umur panjang, camner?
tu la..org yang keje gomen, sangat2lah beruntung sbb dah tentu ada pencen
nothing to worry, kata omputihnya..
apa2 pun aku rasa kena jimat2 sikit bila dah dpt duit tu nnti..innsya-allah, rezeki ada di mana2
usaha mau lebih beb!

5.8.09

130 : sila komen

Kenapa anak2 sekarang biadap ?

* kerana pengaruh media massa
.
* salah didikan
.
* pengaruh persekitaran atau rakan sebaya
.
* kurang perhatian

atau adakah lagi sebab2 lain? apa pndpt korang....jom share..komen ek!

3.8.09

129 : 123456789

At 12hr 34 minutes and 56 seconds on the 7th of August this year,


the time and date will be


12:34:56 07/08/09
1 2 3 4 5 6 7 8 9

.
.
.

This will never happen in your life again??!!!!
Amaze your friends.....

128 : tazkirah utk kaum sejenis ku

berpesan2 ye….insyaALLAH…


TIGA BELAS AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti -

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masya-allah, rasanya banyak yang telah aku lakukan....tanpa disedari.

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...