aku ada sorang kawan. kira kawan rapat lah jugak. setahu aku, dia mmg ada masalah rumahtangga. masalah dgn suami nya. suami nya mmg jenis tak guna. tak perlu ler aku huraikan di sini dgn lebih lanjut . mengaibkan org pulak
masalahnya skrg, aku dapat tahu kawan aku tu dah ada affair pulak dengan suami orang. mula2 cuma kawan biasa2 aje, tp skrg sudah mula menjadi 'luar biasa'. sudah bisa tonton wayang bersama, berkaraoke dll lagi yg sewaktu dengan nya..
aku rasa kecewa..kenapa ini semua berlaku.
salah siapa. mengapa. siapa yang harus dipersalah.?
haruskan aku memikirkan hal orang???
8 comments:
kita terpaksa memikirkannya kerana dia adalah sahabat kita, dan saudara seagama. aku pun kekdg keliru bila berhadapan dgn masalah begini.
itu adalah salah satu pemberontakan...pemberontakan seorang isteri yang rasa dirinya tidak dihargai seorang suami..dia fikir, jika laki boleh buat, mengapa dia tidak? tetapi sayang...dia tidak memikirkan hukum hakam agama...namun, salah siapakah ini berlaku..suami dan isteri....kita ni, nak nasihatkan rasa bersalah...tak nasihatkan pun rasa bersalah..saya kalau ada bab2 gini mmg takut sangat..sebab tak reti nak cakap apa...huhu
juliet...betul tu..tp kalu nak nasihatkan bab2 agama nih..nnti org cakap macam ler kita ni alim sgt
Fizan...betul sgt apa yg ko komen tu. sebnarnya dia mcm nak balas dendam aje kat somi dia. akak ni yg tahu, tp tak dpt nak nasihatkan betul2..dah kira syubahat nih..
sy x berani komen....tp perkara ni bkn luar biasa dlm kehidupan seharian wpun ia luar biasa dlm aspek agama....
saya belum berkahwin lagi...entah la...
adakah sebab laki laki yang baik akan bersama perempuan yang baik?
pada saya.. lebih baik cari jalan utk selesaikan masalah yg sudah ada daripada menambah masalah.. berani utk menghadapi masalah itu.. kata Dr Fadhilah Kamsah, dalam hal begini isteri jgn sekali2 ada hubungan dgn lelaki lain, ditakuti belum sempat utk meminta maaf pada suami anda telah matii.. ye.. suami itu tak berguna dgn sbgnya.. tapi kita harus kekal menjadi isteri yg setia dan punya maruah
errr...tatau nak kata apa. tp kalo kita kwn dia kita msti kena ambik tau gak kan? at least warning something kat kwn tu. kalo bkn kwn, sapa lg yg nak tlong. sbb bnda2 camni majoriti hanya akan cerita dgn kwn saja. tidak dgn family.
jaja..betul tu. tp bila kita komen, dia akan cakap mcm ni .." ko tak kena, ko tak rasa apa yg aku rasa..boleh ler cakap".????
mugiwara..klu ko lelaki yg kurang baik, maka akan dpt lah pompuan yang baik nya kurang :)
lolly?
Aida..sgt2 betul..tp syaitan itu sentiasa menggoda umat Muhammad s.a.w
INTAN...dunia akhir zaman emmm...
Post a Comment