22.10.10

341 : ntri Rehat

hari ni hari Jumaat

ntri rehat


PERKARA SUNAT DI LAKUKAN HARI JUMAAT

1. MANDI
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."

3. Memotong Kuku
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
6. Berselawat

6 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Jumaat Rozita.

Kalau tak dapat nak melakukan semuanya, jangan tinggalkan semuanya. Buatlah mana yg terlarat.

Rozita said...

YB..1st nampaknya

betul sgt apa yg YB kata kan itu..sikit2 lama jd bukit

julietchun said...

ingat nak potong kuku tapi cari ketip kuku tak jumpa pulak dah.

Rozita said...

emmm tk dapat le ko pahala sunat dah juliet..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

post yang sangat bagus ... buat lagi macam ni

Rozita said...

brutal
ini post istimewa sempena jumaat

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...