25.8.09

146 : rama2 & bunga

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga & rama-rama





Namun Allah memberikan nya Kaktus & Ulat


Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberiannya berbeza daripada permintaan.
Kemudian dia berfikir, mungkin Allah mempunyai terlalu ramai umat utk diuruskan.
Dan lelaki ini, memutuskan utk tidak mempeersoal kan nya lagi.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doa nya yang telah lama dilupakannya.
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat kaktus yang hodoh dan berduri, tiba-tiba tumbuh pula bunga yang cantik.
dan daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik
Ingatlah : Allah sentiasa melakukan semua perkara dgn betul
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah
Jika anda memohon sesuatu, tetapi menerima yang lain dari Allah,
percayalah
pastinya allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Apa yang dipinta tidak semestinya apa yang diperlukan...
Teruskan berdoa tanpa ragu...
DURI ...hari ini
Adalah BUNGA hari esok..
wassalam




19 comments:

Nurhayati said...

tersentuh baca entry ni.. betul2... sentiasa berdoa tanpa ragu. insyaAllah hidup kita dipermudahkan ;)

fadzilah said...

terharu rasanya baca entry ni..banyakkan berdoa di bulan yg mulia ini..moga Allah akan memakbulkan segala doa yg dipinta.
Amin.

kakchik said...

amboi, best n3 kali ni, cam dah jangkit ngan AL je.. he...he..

Rozita said...

[yati] betul tu yati

[Lah] tu la. Cu pun rasa tertarik sgt cerita tu..tu yang tempek..nak share2

[Chik] amvoii..pagi nak ngadap blog. AL mana leh lawan...

Yunus Badawi said...

n3 yg sungguh menyentuh perasaan. Selalunya kita tak sabar bila apa yg kita pohon spt tidak dimakbulkan.

Marilah kita memperbanyakkan doa di bulan yg mulia ini.

Anonymous said...

Kak..

Aku suka N3 ni kak..teringat dulu aku bela kektus,...pas tu dia tak bunga2, aku pun buang..

Tak sabonye aku kan...

Lain kali aku tak buang..
..
p/s Tapi, kalo kektus tu jenis tak bbunga, berjanggutla aku tnggu nnti..

meza said...

Tersentuh ati ni baca entri akak ni.

Tak bole bpikiran tertutup dengan segala kurniaan-Nya lagi dah.

Dengan segala tragedi yang berlaku, mungkin ada hikmahnya utk saya.

Rozita said...

[YB] kita manusia ni mmg selalu alpa
jom lah kita berdoa selalu..

[Yan] sabor tu kan separuh dr iman

[pretty] ye mmg ada hikmah. tp sukar utk kita fahamai & ketahui..

Masy said...

huhuuhu

nuyuljana said...

i like this entry.

:)

mugiwara said...

saya suka baca email ni...
kalu ada lagu2 lagi syahdu..

Mak Su said...

kata orang, sabar dahulu - pendapatan :)

Rozita said...

[mak su] kalu sabar kemudian, apa plak ye?

[mugi] :)

[nuyul] tq

[masy] jgn nangis plak

messyremo said...

aduhai..

sgt mndalam kak..

Thanks 4 sharing~~

razifembi said...

cerita yang menarik ...

kadang2 diberinya hujan ... ramai yang mengeluh ..

rupanya disebalik hujan itu ...

adanya pelangi yang cantik ...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

wah bernas gila....bravo...bravo..

Chenta said...

salam ..,

Betul tuh . Setiap yang diberikan oleh Allah, ada hikmahnya . usah diragui..teruskan berdoa .

tersentuh baca n3 ini . Sbenarnya kita tahu, tapi kita sengaja buat2 tak tahu .

Rozita said...

[messy] ye. satu cerita ringkas namun punya makna yg mendalam

[razif] slmt datang. tq

[akupentoi] bravo~ bravo~

[liNda] mmg betul.

en_me said...

ghitewww.. hmmm

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...