31.12.11

427 : Slmt tahun baru

Dah lama tak apdet blog yang ini

selamat tinggal 2011

ketemu 2012..

apa kejayaan dalam tahun 2011? tak ada apa2..

apa azam tahun 2012? tak ada apa2..

5.11.11

426 : Slmt balik kpg


jom balik kampung...kat sini kpg bapak aku
kat sana kpg bapak kau

Slmt Hari Raya Korban..
Slmt Hari Raya Haji..untuk semua pak haji..

18.10.11

425 : menutup aurat atau berfesyen


gambar ni sy ambil dari fb seseorang. betul komen nya, cara pemakaian tdg di atas sudah hampir2 sama dgn gaya kita masa kini ye..berhati-hati lah kita semua ye..tanpa kita sedari ..pesanan ini utk diri sendiri juga. adakalanya kita begitu taksub berfesyen hingga lupa tujuan asal kita utk menutup aurat...nauzubillah~

17.10.11

424: buah tangan















Ini ada buah tangan dari Sandakan Sabah, diberi oleh seseorang..


terima kasih di ucapkan..


bak kata pepatah: memberi lebih baik dr menerima...


tp aku di pihak menerima sekarang.....kuang..kuang...kuang



6.9.11

423 : buah hatiku sayang~

ini adalah gambar buah hati ku sayang~ Oyen & Cicak


sedang lena di buai mimpi


alangkah mesranya mereka berdua, kalau kita pun dpt tidor bersama sebegini, kan best..tidor bersama adik beradik tersayang..mustahil kan???




dua beradik ni lahir pada tarikh hari lahir aku..4 Julai.


Usia mereka baru 2 bulan skrg..sungguh cute..


tapi dua ekor ni tak nak makan friskies atau whiskas..


dia org ni mengikut jejak langkah ibunya..asyik nak makan ikan rebus shj....





422 : suatu hari di hari raya...

Ini adalah sedikit gambar kenangan semasa Hari raya Aidilfitri yang baru kita sambut...

Happening jugak raya tahun ni..1st day raya aku kat umah MIL..Kota Bharu, Kelantan..

Mujur cuaca pada hari tu ok..cerah & ceria. 2 hari sebelum Raya, hujan turun lebat di sana..


kami sekeluarga..




aku n asben..


asben ku & anak sulungku

Semoga Hari raya tahun hadapan lebih meriah lagi..



25.8.11

421 : SeLaMaT HaRi RaYa




Selamat Hari Raya kepada semua yang singgah di blog ini

hati-hati di jalanraya kepada yang pulang ke kampung

ingatlah orang tersayang


~Maaf Zahir Batin~

seandainya ada ntri-ntri yang kurang menyenangkan



9.8.11

420 : dah lama

dah lama rasa tk gelak besor besor
sampai boleh keluar ayor mata...

tiba2 terasa rindu pulak suasana mcm tu..

hidup semakin hambar..

4.8.11

419 : Golden Churn Creamy Butter’

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal



[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi..











Note : ini email yang aku terima, sejauh mana kebenaran nya..wallahu'alam. BErhati-hatilah bila nak beli kuih raya ye..[pesanan utk diri sendiri juga]




1.8.11

418 : Cer Pen bulan Julai

Asmkm..dah lama sangat tak bersiaran di blog ku ini. Sejak akhir2 ni busy ler plak..keje di pejabat bertimbun. Di rumah pulak tk berkesempatan nak pegang komputer, sbb 24 jam do konker oleh anak2ku...hehehe




Harini nak tulis cer-pen aje. Korang mesti tau kan..cerpen itu adalah singkatan dari cerita pendek. Harini I nak tulis cerita ringkas di sepanjang bulan July.




2-3 July - kami geng2 TSY..(beerkenalan menerusi internet pada mulanya), mengadakan gedering bagi tahun 2011 di Sg Klah, Perak. Kami telah menyewa sebuah home stay berhampiran dengan felda besout, dekat jugak dengan Sg Klah hot spring. Bes juga...tapi ramai yang tak dpt turut serta di dalam gedering ini. Meski pun kami hanya berkenalan menerusi internet pada mula nya..tapi hubungan kami semakin erat & rapat seumpama..adik beradik..adik kakak...begitu lah adanya..




Sebelah petang kami bermandi manda di Sg Klah..tp cuaca hujan renyai2 pd seblah ptgnya. Sebelah malam pula kami ada kan bbq yg serba ringkas..tp besh..




Di bawah ni di antara gambar2 kami di sana....ada byk lagi, tp cukup lah 2, 3 keping ni..










cuba teka...kaki siapa ini???


4 July - adalah hari kelahiran ku yang ke-40. Aku rasa sgt bersyukur kerana telah bernafas di bumi allah ini selama 40 tahun sudaaaa...sgt2 bersyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan nya selama ini..




Pada hari yang sama juga..kucing kesayangan keluarga kami telah melahirkan anak sulung nya. Tapiiiiiii...sedih sungguh, hingga ke hari ini kami sekeluarga masih belum dpt melihat anaknya..tak tau berapa ekor pun sebabbbbbbbbb dia telah beranak di atas bumbung rumah aku. Dah 2x asben cuba panjat dan mencari, tapi gagal...hampir sebulan sudaaa....




aku bersama dgn kak p5 bersama adiah harijadi darinya...


9 July - Perhimpuan Bersih...aku berada di tengah-tengah. AKu tak pakai baju kuning juga tidak memakai baju Merah. Doa aku cuma..bumi Malaysia ini akan terus aman damai & di jauhkan dari bala bencana.




11 July - terima call dari kawan lama. cerita ceriti...sedih jugak..ada sesuatu telah berlaku pd rumahtangga nya, tapi mujur ler dapat di selamatkan...amin.




15 July - Kenduri arwah di rumah Abang Sulung aku..aku panggil dia Yob..org Perak ler katakan...




Cukup dulu sampai di sini...kita sambung lain bulan ok




Selamat Berpuasa..










28.6.11

417 : basikal

minggu ni minggu sedih

sebab hari ahad lepas, basikal anak aku yg sulong
hilang lagi..

ni dah kali ke-4 tau..basikalnya hilang

tengoklah, betapa keciwa nya aku..
bukan murah harga basikal tu..menggeletar tangan aku keluarkan duit masa beli dulu..
rasanya baru setahun...dah hilang.

apa pun
aku redho dengan ketentuan ini

16.6.11

416 : sakit kaki

gambar ni adalah luka atau kudis yang ada kat kaki my son. geli kan? hish... Punca bermula masa cuti sekolah yg baru lepas, seminggu dia ada pertandingan futsal & bolasepak. Ini adalah kesan melecet pd kaki nya...mula2, kecik jer..lama kelamaan kudis ni menjadi semakin besar. bila dah jadi semakin teruk mcm ni, baru lah dia buat keputusan nak jumpa doktor. kalau tak, dia tak nak.....dia ingat senang2 je boleh sembuh. akhirnya semalam aku terpaksa bawa dia jumpa doktor...
ini adalah di antara ubat2an yang dia dpt. ubat cuci, ubat hilangkan bengkak & sakit, antibiotik dan yg paling dia suka..surat cuti sakit 1 hari...tak payah lah dia pi sekolah arini...hish..teruk kansss?
yang paling best, doktor yang merawat dia masa tu.......punya ler ensem. aku blum pernah jumpa doktor ensem macam ni...rasa mcm tk nak keluar je aku dr bilik rawatan tu..auwwwww..sungguh miangs kan????




sempat jugak enterprem...masa ni dlm klinik, tunggu ubat...





15.6.11

415 : June 2011 kalendar


aku belajar dari blog ini --->Mama

ini lah hasilnya

414 : 18sx

auwww....mesti korang terkejut bila tengok tajuk ntri kali ini kan? 18SX..ganazzzz bunyi nya, padahal, sumpah........tajuk tu langsung tkde kena mengena dgn ntri pun hahahhahah, ampun:

sebenarnya harini aku nak cerita pasal menu, macam kat gambar di bawah ini. Menu ikan singgang ni aku copet dari blog Mat Gebu. Blog masakan yg terunggul & terbest, pada aku la...



Resipinya sungguh simple, senang je nak masak, tp hasilnya superb..sedap tau..korang boleh cuba sendiri. kalau korang nak resipi sepenuh nya, boleh tengok kat sini --> Mat Gebu

aku malas nak taip lah..letih jari jemari.


Resipi sebenar Mat Gebu, guna ikan senangin tapi aku tukar dengan ikan kembung yg agak besar sikit. Sebabnya, aku tak boleh cari ikan senangin ni..tak kenal pun ye jugak, dah lupa rupa mana ikan nih...Dia juga ada letak cili hijau, tapi aku just letak cili merah (sbb nak jimat kos :)). Resipi sebenar, guna kiub ayam MAGGI tapi aku guna kiub ayam KNORR......itu saje perbezaan nya. Yang lain-lain semua aku ikut bulat2 dari resipi tu...

korang cuba lah...

lagi satu...



ini ada lah teman setia di dapur ketika aku masak semalam. (sila abaikan pinggan mangkuk yang bersepah2 itu ok?)












14.6.11

413 : apa yg di cari

aku baru aje terima berita dari seseorang
seseorang yang aku kenali lah kan...tk kan aku tak kenal pulak..

ada berita tergempar yang terhangat di kpg nya sekarang..
kebetulan, aku juga kenal dengan penghuni2 kpg nya itu..

ceritanya mengisahkan.." si anu (perempuan) telah lari dari rumah, meninggalkan
anak2 serta en laki kerana nak mengikut si jantan lain yg memang keparat"

sungguh pelik kan..yang pompuan sudah ada anak dan en laki..
si jantan keparat itu pulak, sudah ada bini + anak2..

apa agaknya yang mereka cari ye? kebahagiaan? adakah mereka itu tidak bahagia?
atau mereka itu tak tau bersyukur dengan nikmat2 yang telah allah berikan....
dan, dengan apa yang mereka lakukan sekarang........adakah mereka bahagia?
tak ada ke sedikit rasa malu or rasa bersalah pada kaum keluarga..hish...nauzubillah..

si pompuan ni pun satu, ntah apa yang dicarinya
nak kata kekayaan.....si jantan keparat tu hanya seorang tukang kebun sekolah aje.
nak kata ensem..jauh sekali..
nak kata kaya......kayap jer ada..

hanya mereka saje yg tahu...apa kisah sebenarnya..

aku menulis di sini...bukan lah nak membuka aib atau pekong mereka2 itu
tetapi sekadar utk menjadi renungan atau pelajaran bg diri aku sendiri..

ingatlah bahawa...kematian & siksaan allah itu benar...amin~

26.5.11

412 : Show me yr style

tetiba rasa gatai nak masuk contest ni "Show Me Yr Style"


yang di anjurkan oleh AHC



kepada yang ingin memberi sokongan..........


langkah pertama sila klik "like" pada link Al-Humaira Contemporary





kemudian.......klik "like" pada gambar I, spt link di bawah





saje je nak suka2...sedor diri ni dah tua...tapi teringin ler plak ambil bahagian


tau.......pasti nya tak akan menang..


sekadar mencuba

23.5.11

411 : biLa beRsaMa

ayam2 yang menjadi mangsa di mlm itu

ayam ini juga..sedang di mandikan minyak


mereka yang menyerikan majlis

gaya je lebih..yg penat membakar..tu yg baju biru tu..thanks ILA (anak menantu)


berposing bersama pisang tergantung hahahah


punya ler sibuk makan..tu..penuh mulut..


tuan punya blog & anak perempuan ku


biLa beRsamA~ riang ria..smpi nmpak semua gigi
ngeh3x



yes..tajuknya pun bila bersama. sebenarnya ini adalah gambar2 family gedering kami pada malam sabtu lepas. kami just buat bbq yang simple mimple aje...tapi yang pastinya amat menyeronokkan, & akan menjadi kenangan manis buat kami semua.

Bukan senang, nak kumpul ramai2..nak masak masak..makan makan...sebab masing2 sibuk dgn hal sendiri. Kami luangkan juga masa untuk bergeder geder...bersama sama...happy youu..

BBQ ini kami adakan di rumah pusaka mak pak daku di Lekir, Sitiawan Perak.. umah kelahiran ku..



Sesungguhnya.....terasa amat rindu akan suasana di kpg terchenta..


kalau lah masa boleh di putar semula ke belakang...alangkah indahnya..boleh aku masuk darjah satu semula...bermain-main di kpg, di rumah ini..tapiiii


sayangnya...semua itu terlalu mustahil..


mak & bapa ku pun dah tak ada.....


Al-Fatihah utk mereka..meskipun kami bergumbira malam itu......namun...kami tetap ingat kpd arwah kedua...A-Fatiha~


5.5.11

410 : jom senyum

kalau saya senyum
kamu mesti senyum sekali

kalau kita senyum, ia akan berjangkit
kalau semua senyum, dunia tak ada penyakit


Note: ini ada lah lirik lagu yang aku dengar pagi tadi
selalu smbil drive aku suka ON sinar FM
tapi hari ni lain, aku ON perak FM pulak..
tu yang dengar lagu nih.

aku tertarik dgn lirik lagu nih..
simple tapi sungguh bermakna..

siapa penyanyi lagu ini..
sumpah, mmg aku tak tau
ini pertama kali aku dengar..
duet, laki n pompuan ...

jom...senyum.

30.4.11

409 : May - Selamat Hari MAmA

bulan Mei ni ada lah bulan Menyambut hari Ibu..

Anda, mama yang mana??

# Mama serba sempurna
Mahu segalanya sempurna di mata; suami, anak-anak dan rumahtangga

# Mama sukar dijangka
Memang suka mencipta situasi kurang senang di kalangan anak-anak. Moodnya sekejap bagus, boleh pula bertukar sekelip mata. Sengsara anak2 dibuatnya

# Mama "aku yang utama"
Mementingkan diri sendiri. Kerjaya dan kejayaan diri paling utama. Anak-anak sudah jatuh nombor 2

# Mama menyelenggara
Mendidik anak2 dengan pengetahuan lengkap agar tidak tercicir dlm pancaroba duniawi

# Dia Sahabat, Dialah MAMA
Seronok kalau dpt ibu jenis ini, segala masalah boleh dikongsi bersama..



AKU? Rasanya kategori " MAMA sukar dijangka"
Kamu bagaimana?

29.4.11

408 : cokodok istimewa




ini cokodok pisang pertama yang aku hasilkan setelah 39 tahun hidup di dunia..

rupa mmg tak berapa elok

tapi rasa...nyum..nyum..mcm hotel 5 bintang punya resipi..

(ada ke menu cokodok kat hotel 5 bintang? hahhahahah

21.4.11

407 : !

malam

malam yang kelam..

malam yang hitam..

aku..

diam

dan terus diam..

selamat malam...

16.4.11

406 : sMs

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 serta bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusan nya ialah 111...sama buat semua orang bukan? ini adalah tahun kekayaan.. Pada bulan Oktober akan ada 5x hari ahad, 5x hari isnin dan 5x hari sabtu, ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun tahun seperti ini di kenali sebagai tahun " beg kekayaan" bermaksud .. sila hantar kepada 8 kawan2...bla...bla.. (ini sebenarnya adalah text SMS yang banyak kali dah aku terima. bila dengar je kekayaan, kita pasti tertarik ye..untuk mencuba menghantar SMS sebegini.. tapi..sebenarnya..karut..toksah nak percaya lah ek..buat rogi duit SMS kita jerk..) saje nak share..korang ada tak dpt SMS camni???

31.3.11

405 : minyak angin

Berhati-hati dengan Minyak Angin-- ( saje nak share dengan korang email yang daku terima, sejauh mana kesahihan nya..wallahu'alam) Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya. Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun. 17/08/04-Deman biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan 18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak) 19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah...'ada sapu apa-apa minyak di perut' bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin. Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah,kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan. Keputusan pemeriksaan : Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman. Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat. Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju. AlhamdullilAllah ..Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi. Ikhlas...Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, moto besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa. Azah......tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak- minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah-kerumah, pemberian dari jiran dan sebagainya.......kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya. (Email di terima pada 31/03/2011)

29.3.11

404 : hanya utk wanita



korang mesti dah biasa tengok iklan produk ni kan? selain Yuna, Adibah Noor juga sebagai model iklan utk produk ini..yeahhh..produk untuk wanita.


cumanya, ntah apa sangkut pautnya penggunaan Libresse dengan race kereta..pelik kan..macam lah pakai jenama lain tk boleh nak race kereta ke? heheeh kelakor sungguh..


skrg ni..dah tk ada segan silu lagi pihak media membuat iklan2 mcm ni ye..lagipun semua orang dah tahu..budak2 sekarang pun dah pandai tentang kegunaan produk ini, bukan macam kita dolu dolu..apa pun tak tahu..lepas tu, punya lah malu kalau nak cerita bab2 cenggini. bila pegi kedai ah pek beli produk ni pun..ah pek tu cukup sporting..siap balut dgn kertas soratkhabo dulu, kemudian baru masuk pulak dlm beg plastik..sungguh malu itu ah pek kan???


tapi sekarang....dah tiada kemaluan lagi...dengan selamba aje kita pegi beli..letak dlm beg plastik yang terang benderang..semua org tahu..yang kita membeli, Libresse atau Kotex atau Sanita atau lain-lain jenama..


al-kisahnya..dua tiga hari lepas..masa tu iklan Libresse ni kuar kat TV..aku pun tk pasti channel berapa..


tiba-tiba..anak lelaki aku yang no 2..selama je bertanya..."mak..mak guna Libresse ke sekarang?" huh..aku pulak yang ter malu malu kucing...malu nak menjawab...aku diam je seribu bahse..


aku kena terima hakikat..."dulu lain...sekarang lain"..benda2 yang dlam kelambu pun udah dijadikan matapelajaran di sekolah-sekolah..


apa nak kesah???? :(

24.3.11

403 : T

alahai...Dato T
semakin popular...

bukan Dato Ct ye..jangan salah paham..

rasa teringin jugak nak tengok video hitam putih tu..
tapiii...

22.3.11

402 : es pi em

eSok sPm result kuar..

tahniah kepada yang berJaya
dan JanGan putuS aSa kepada yaNg gaGal
masih Ada pelUang laGi di dePan SaNa,
buKan ini peNenTu segalaNya..

kePada yanG berJaya..semoga aKan terus beRjaya
janGan bila daH jaDi sisWazah....laiN pulak KisaHnya..
jaDilaH sisWazah yang beRakhlaK muLia..
iNgat pesaN ibuBapa...sembahYang janGan di tinGGalKan..
semoGa kamu SemUa berJaya
duNia & akHirat..

diLuar sana,
ada Ke kaum keRabat koranG yaNg aMik SPM?
aKu???
aDa...

21.3.11

401 : tiap-tiap hari harga barangan runcit naik..

harga pasaran ikan naiK
harga pasaran aYam pun naIk..

abis..gaji kita ni tak naik-naik
klu naik pun seciput..

anak-anak ramai..
nampak gayanya
tiap-tiap hari kena makan bubur nasi lah ek..

bubur nasi McD..boley????

19.3.11

400 : hari buhsan sedunia

hari ni rasa macam hari buhsan sedunia
tak tau apa nak buat,
mengemas adalah kerja yang paling aku tk berapa nak suka
tido...pun, mata tak berapa nak mau lena

asben aku keje
anak2 dgn xtiviti mereka masing2
bila dah dpt ngadap computer..bom meletup pun dia org tk dengar dah

aku??

apa aku nak buat ye..
bila aku plak ngadap comp...aku duk ngadap blog yang jual tudung sesaje
jawabnya, duit dlm akaun aku semakin susut ler
beli..beli.beli..adakalanya pakai pun tak
membazir sungguh..

ish...stop
tkde ayat nak aku teruskan lagi
daa....

15.3.11

399 : jangan kau berpura-pura...sekaligus, cara mu menyusahkan orang lain

apa nak buat ye
kalau ada pekerja yang suka pura2 buat-buat sakit
hantar check up...doktor kata, hanya perlukan rehat secukupnya..

selain itu,
sering jugak ambik emergency leave
suka suki..ambik cuti..
suka suki MC

apa guna kita simpan pekerja mcm ni ye..
langsung tak produktif

masalahnya
nak buang pun susah
nak simpan pun tak guna..

emmmm...
nasib baik la company ni bukan bapak aku punya..

9.3.11

398 : apa ada pd waRna

putih...
warna putih mmg lah sinonim dgn sesuatu yang suci bersih
Islam juga suka pada warna putih
tu sebab telekung kita pun warna putih kan..
cuma skrg ni je, ada macam2 kaler..warna pink, pepel dll

kisah nya begini..
suatu hari
pada hari ini
aku memakai tudung warna putih
aku mmg jarang2 memakai warna putih
sungguh tak selalu memakai warna putih..

sebab nya...
apa bila aku memakai tudung putih
terasa sungguh tua..
sangat sangat tua..
mmg mcm org tua..

hishhh...

ntah ler..korang camner? apa rasa?

4.3.11

397 : tudung

semalam aku ke pasar
tak sah kalau tak singgah ke gerai jual tudung

ada satu gerai ni
tdg dia cantik2..
penjual nya separa umur..

dia jual bykkkkk tudung yg cantik2..gila mata memandang,
tapi si penjual sendiri tak pakai tudung..

pelik ke?
tak ler pelik sangat..

saje nak sembang2 di pagi Jumaat yg mulia ini..
daaa...

3.3.11

396 : isteri ke2 vs pertama

isteri kedua???
orang indon..
ada anak 2 orang..

haruskah dia juga mendapat harta pusaka peninggalan arwah suaminya????
anak2 masik kecil...

isteri pertama...
mampus, kerat 14 pun dia tak nak share harta2 itu..

so, macam mana???

26.2.11

395 : menyibuk

sejak akhir akhir ini aku sungguh sibuk
sibuk macam lalat...
betul ke lalat sibuk?

tk sempat nak singgah kat blog2 korang..
insya-allah, bila ada masa, saya singgah ye :((

20.2.11

394 : kisah semalam

semalam ada seorang rakan sekerja ku meninggal dunia
lebih kurang jam 5.00 ptg
umur baru 46 tahun..muda lagi kan? meninggalkan dua org balu serta 6 org anak

akibat cancer esofogus
semua ni kerana merokok..
juga takdir allah..
oleh itu..

hentikan lah menghisap rokok..
pesanan buat suami ku..juga mereka2 di luar sana yg baca blog ku ini..

14.2.11

393 : 14 feB

harini hari valentine..
ingat!
orang2 Islam tidak dibenarkan menyambut hari valentine ni semua..
lagipun..

bagi saya lah..
hari2 adalah hari berkasih sayang utk saya
tak kan sehari jer.. ye tak?

da...

13.2.11

392 : 5feB2011

Majlis yang sungguh bermakna pada 05022011~ Selamat Pengantin Baru..

sempat jugak kami enterframe..

12.2.11

391 : ntri meow meow

entri meow-meow
ini bukan pertandingan, kena ingat tu..
ini hanya lah koleksi penggemar-penggemar kucing..

hasil dari inisiatif bernaz si Tedi maka dia pun buat ntri gambar2 kucing
siapa yang berminat, boleh hantarkan gambarr kucing yang cerdik & nakal atau pun cute
ke email address dia, tapi..sori lah ek..sy dah lupa akan email add nya
kalau perlu atau ingin tahu lebih lanjut sila klik kat blog beliau..kat link di atas

Saya adalah orang pertama yg menghantar gambar kucing saya kpd dia..
gambar Noti..yang memang sungguh noti itu..
nak baca..klik sini 0---> Meow meow ku


daaaa............

7.2.11

390 : CNY

hari ni hari pertama keje selepas bercuti CNY
ramai yang masih bercuti
highway masih jem, sana sini

ramai yg mengambil kesempatan masa cuti pjg ni,
ada yang berkawen, bertunang...berjalan, bercuti..macam macam ber ...

ramai juga yang dpt angpau barangkali
dari teman2, dari boss, dari majikan...dari sape sape lah..

aku???
harini aku dpt 2 peket angpau
korang nak tau bape???
ha ha ha

satu peket RM12, dari GM aku
satu lagi RM10..dari company..for all employees

korang jgn ler gelak
itu ler rezeki aku harini..
dah habis dah...tadi aku belanja kat pasar mlm..

kuikuiukui...daaaa

28.1.11

389 : bila bos marah marah~

bila bos marah marah tk tentu pasal...
apa tindakan korang?

? duduk diam aje mcm tkde apa yang berlaku
? buat muka bodo jerk...
? menjawab balik, demi menegakkan kebenaran
? menyorok dlm jamban
? menyorok dlm setor
?
?
?
aku???
?
?
aku cabut half day ler jawab nya & buat je kerja dr rumah..
bernas tak idea aku???
itu yang nak aku lakukan hari ini..

27.1.11

388 : suami orang

salam semua
apa khabar?

harini nak saje nak cerita
kisah orang kita ngan minah2 indon..

setiap kali, bila lepas waktu kerja
aku mesti singgah ke sebuah kedai runcit nih..
sama barisan dgn kedai runcit nih...ada ler asrama minah2 indon
biasa ler..dia org ni mmg suka tinggal kat rumah-rumah kedai kan..
company dia orng yang sewa kan..

cuma yang aku terasa hati..
ye..hati aku jd begitu sensitif
bila lihat tiap-tiap petang
ada sesaje..jntan-jantan malaysia yang duk bergesel-gesel ngan minah ni semua..
sakit mata tengok..
kebanyakkan jantan yg aku tengok..bukan nya muda lagi
semua nya dah tua-tua bangka..(aku teka..jantan tu semua sah sah suami orang..
getik aku tengok..

riso pun ada..
suami kita, kat belakang ntah macam mana agaknya..
bukan boleh percaya 100% pun..betui dak?

ish..udah ler tu
malas nak citer dah..
ish..ter emo le plak

berdoa aje lah...mintak di jauhkan dr musibah sebegini..Amin~

22.1.11

387 : kucing kurap

dua tiga hari lepas
ada seekor kucing datang ke rumah aku
rasanya ada manusia yg tk bertanggung jawab..buang kat rumah aku..
kucing nya jinak..asal bulunya mesti cantik
tapi skrg, sayang nya..leher nya sudah ada kurap, atau kudis, luka-luka
nampak sungguh dahsyat & hodoh
geli melihatnya..
tu le pasal, aku rasa, tuan kucing ni..buang dia..

oleh kerana ada rasa belas kasihan, aku pun berilah dia makanan
sehari dua kali aje okeh...lebih-lebih, tk larat lah..

sian kan..kucing kurap lah katakan..

mcm tu juga manusia agaknya
masa cantik..jelita..semua suka
tapi bila dah tua, hodoh, berkurap pulak poketnya..
semua org tak suka..
cuma tk boleh nak di campak atau di buang..
di simpan saje bagai Quran buruk :(

hehehehe...morale of the story..??? ntah aku pun tatau..

17.1.11

386 : nak fb

smlm aku tak ke mana2
sebelah siang nya aku just berfb...makan...bertenet balik
sebelah mlm aje aku pi tengok wayang..

sedang aku berfb smlm..
tiba-tiba..

"mak..tolong buatkan fb untuk Mira.."

"(terlopong aje aku)"

sabor je lah..

baru 6 tahun udah pandai nak berfb
mujur dia tak mintak nak kawen ke haper...
naya..

12.1.11

385 : sibuk, letih..semua ada..

dah lama sangat tak apdet blog. masa rasa tak berapa nak cukup semenjak sekolah di buka.
kerja di pejabat pun macam tak nak habis-habis. selesai dua, datang lagi yang baru empat...emmmm..bila ler nak selesai nya ntah..penat sgt rasanya dlm bulan ni..



walau apa pun, aku tetap bersyukur sebab semuanya berjalan dgn lancar. Mira pun dah selamat ke darjah satu. Segala urusan pengangkutan, orang yg nak mengasuh dia lepas sekolah, semua nya dah selesai. Memang bersyukur sgt...baru lega rasa hati.
Tahun ni tiga-tiga anak aku dah bersekolah. Belanja pun semakin bertambah. Urusan pembelian buku pun tak habis2. Setiap hari ada saje buku tambahan yg perlu di beli....pokai betul rasanya bulan nih...sampai kena korek tabung ayam ler nampak nya huhuhuhu...!
ok lah nak keje dulu...daa....

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...